• Soalan Lazim
  • Direktori
  • Hubungi Kami
  • W3C Bantuan OKU
  • Mobile Web
   
Increase size
Reset to Default
Decrease size
   

FB Twitter

  • Utama
  • Kerajaan
    • Istana Perlis
    • Menteri Besar
    • Ahli Parlimen
    • Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
    • Ahli Dewan Undangan Negeri
    • SUK Perlis
    • Jabatan Negeri
    • Badan Berkanun Negeri
    • Badan Berkanun Persekutuan
    • Pihak Berkuasa Tempatan
  • SUK Perlis
    • Perutusan YB SUK
    • Piagam Pelanggan
    • Pejabat YB SUK
    • Objektif SUK Perlis
    • Misi dan Visi SUK Perlis
    • Misi dan Visi Perkhidmatan Awam
    • Sejarah Pejabat SUK
    • Senarai Setiausaha Kerajaan
    • Pegawai Kanan SUK
    • Sektor Pengurusan
    • Sektor Pembangunan
  • Pelancongan
    • Tempat Menarik
    • Kesenian dan Warisan
    • Homestay
    • Makanan
    • Membeli-belah
    • 7 Pesona
  • Hubungi Kami
    • Maklumbalas
    • Direktori Pegawai
    • Login Pentadbir
Rabu, 19 Jun 2013
UtamaMuat TurunBerita SemasaGraduan Perlu Penuhi Keperluan Arus Perdana Negara - Raja Muda Perlis
Email
Print

Graduan Perlu Penuhi Keperluan Arus Perdana Negara - Raja Muda Perlis

KANGAR, 11 Mei (Bernama) -- Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu graduan institusi pengajian tinggi memenuhi keperluan arus perdana negara dengan membentuk sahsiah diri yang berkualiti.

Baginda yakin langkah proaktif Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang menjadikan bidang kokurikulum sebagai komponen wajib pengajian mampu melahirkan graduan yang diperlukan negara.

Bertitah merasmikan Karnival Kokurikulum UiTM Perlis 2013 sempena sambutan ulang tahun ke-70 keputeraan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di kampus UiTM Perlis di Arau hari ini, baginda berharap langkah UiTM itu akan meningkatkan kemahiran graduan di luar bidang pengkhususan akademik seperti aspek kepimpinan, pengurusan organisasi dan berinovatif.

Selain itu, ia juga diharap berupaya meningkatkan kecergasan fizikal dan mental, berkarisma dan beramanah di samping melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis daripada segi intelek, emosi, rohani dan jasmani, titah baginda.

Pelbagai acara diadakan sempena karnival dua hari itu termasuk pertandingan kawad kaki dan pancaragam badan beruniform, pertunjukan brass band dan tempur tanpa senjata, pameran, pertandingan sukan dan gerai jualan.

Turut hadir Rektor UiTM Perlis Prof Datuk Dr Ahmad Redzuan Abdul Rahman dan Ketua Polis Perlis SAC Zull Aznam Haron.

-- BERNAMA

                         
  • Laman Utama
  • Dasar Privasi
  • Dasar Keselamatan
  • Peta Laman
  • Peta Lokasi
  • Arkib Elektronik

 

Hakcipta Terpelihara © 2012 Kerajaan Negeri Perlis.
Pihak Kerajaan Negeri Perlis tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami 
kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Aras 1, Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis, 01000 Kangar, Perlis.
Tel : 04-9738800 || Fax : 04-9775863 E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Paparan terbaik gunakan  IE 8.0 keatas atau  Mozilla Firefox 4.0 keatas pada resolusi 1024x768 pixel.