• Soalan Lazim
  • Direktori
  • Hubungi Kami
  • W3C Bantuan OKU
  • Mobile Web
   
Increase size
Reset to Default
Decrease size
   

FB Twitter

  • Utama
  • Kerajaan
    • Istana Perlis
    • Menteri Besar
    • Ahli Parlimen
    • Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
    • Ahli Dewan Undangan Negeri
    • SUK Perlis
    • Jabatan Negeri
    • Badan Berkanun Negeri
    • Badan Berkanun Persekutuan
    • Pihak Berkuasa Tempatan
  • SUK Perlis
    • Perutusan YB SUK
    • Piagam Pelanggan
    • Pejabat YB SUK
    • Objektif SUK Perlis
    • Misi dan Visi SUK Perlis
    • Misi dan Visi Perkhidmatan Awam
    • Sejarah Pejabat SUK
    • Senarai Setiausaha Kerajaan
    • Pegawai Kanan SUK
    • Sektor Pengurusan
    • Sektor Pembangunan
  • Pelancongan
    • Tempat Menarik
    • Kesenian dan Warisan
    • Homestay
    • Makanan
    • Membeli-belah
    • 7 Pesona
  • Hubungi Kami
    • Maklumbalas
    • Direktori Pegawai
    • Login Pentadbir
Selasa, 21 Mei 2013
UtamaBuku TamuBerita SemasaUniMAP Raih 32 Pingat Emas Pada ITEX 2013
Email
Print

UniMAP Raih 32 Pingat Emas Pada ITEX 2013

KANGAR, 10 Mei (Bernama) -- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) meraih 32 pingat emas pada Pameran Antarabangsa Reka Cipta dan Inovasi Reka Bentuk dan Teknologi (ITEX) 2013, yang sedang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Menurut kenyataan UniMAP kejayaan itu melayakkan universiti dinobatkan sebagai johan keseluruhan meninggalkan pencabar terdekatnya Universiti Teknologi Petronas (UTP) di tempat kedua.

Naib Canselornya Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin berkata UniMAP yang mengemukakan 60 produk turut meraih 26 pingat perak dan satu gangsa pada ITEX'13 yang bermula semalam dan akan berakhir esok.

Naib Canselor UniMAP, Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin berkata dengan pencapaian itu, ia membuktikan hasil penyelidikan UniMAP adalah terbaik.

"Bagi penyertaan mana-mana pameran yang akan datang, kita akan membariskan produk lebih berkualiti bagi menjamin peningkatan pencapaian kita," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebanyak 25 kategori dipertandingkan pada ITEX'13 termasuk pertanian, fabrikasi, bioteknologi, bahan kimia, peralatan pendidikan, elektrik dan elektronik, tenaga boleh diperbaharui dan alam sekitar, peralatan isi rumah, multimedia dan teknologi maklumat.

ITEX'13 dianjurkan Malaysian Invention and Design Society (Minds) dengan kerjasama World Intellectual Property Organization (Wipo) dianjurkan buat kali ke-24 dengan penyertaan lebih 1,000 produk penyelidikan dari pelbagai agensi dalam dan luar negara.

Antara negara yang menyertai ITEX'13 ialah Belarus, Kanada, China, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Korea, Macau, Filipina, Poland, Romania, Rusia, Arab Saudi, Dubai, Singapura, Taiwan, Thailand, Amerika Syarikat dan Vietnam.

Turut berlangsung sempena ITEX'13 ialah Asian Young Inventors for Young Inventors (AYIE 2013) dan International Exhibition of Young Inventors (IEYI 2013) yang membariskan penyelidik muda berusia 20 tahun ke bawah.

-- BERNAMA

                         
  • Laman Utama
  • Dasar Privasi
  • Dasar Keselamatan
  • Peta Laman
  • Peta Lokasi
  • Arkib Elektronik

 

Hakcipta Terpelihara © 2012 Kerajaan Negeri Perlis.
Pihak Kerajaan Negeri Perlis tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami 
kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Aras 1, Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis, 01000 Kangar, Perlis.
Tel : 04-9738800 || Fax : 04-9775863 E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Paparan terbaik gunakan  IE 8.0 keatas atau  Mozilla Firefox 4.0 keatas pada resolusi 1024x768 pixel.