• Soalan Lazim
  • Direktori
  • Hubungi Kami
  • W3C Bantuan OKU
  • Mobile Web
   
Increase size
Reset to Default
Decrease size
   

FB Twitter

  • Utama
  • Kerajaan
    • Istana Perlis
    • Menteri Besar
    • Ahli Parlimen
    • Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
    • Ahli Dewan Undangan Negeri
    • SUK Perlis
    • Jabatan Negeri
    • Badan Berkanun Negeri
    • Badan Berkanun Persekutuan
    • Pihak Berkuasa Tempatan
  • SUK Perlis
    • Perutusan YB SUK
    • Piagam Pelanggan
    • Pejabat YB SUK
    • Objektif SUK Perlis
    • Misi dan Visi SUK Perlis
    • Misi dan Visi Perkhidmatan Awam
    • Sejarah Pejabat SUK
    • Senarai Setiausaha Kerajaan
    • Pegawai Kanan SUK
    • Sektor Pengurusan
    • Sektor Pembangunan
  • Pelancongan
    • Tempat Menarik
    • Kesenian dan Warisan
    • Homestay
    • Makanan
    • Membeli-belah
    • 7 Pesona
  • Hubungi Kami
    • Maklumbalas
    • Direktori Pegawai
    • Login Pentadbir
Khamis, 23 Mei 2013

Articles

Email
Print

Azlan Akan Teruskan Misi Jadikan Perlis Negeri Maju

KANGAR, 7 Mei (Bernama) -- Menteri Besar Perlis yang baharu, Azlan Man akan meneruskan misi kerajaan negeri untuk menjadikan Perlis sebuah negeri maju menjelang 2015.

Menurutnya, misi itu yang kelihatan sukar diharap akan menjadi lebih mudah jika semua pihak bekerjasama untuk menjayakannya.

Bercakap kepada para pemberita selepas majlis penyerahan tugas Menteri Besar Perlis daripada Datuk Seri Dr Md Isa Sabu kepadanya di Kompleks Dewan Undangan Negeri di sini Selasa, beliau berkata, Perlis juga perlu berkembang sebagai hab ilmu.

"Itu sebabnya saya berhasrat melihat kawasan Arau dan Pauh terus berkembang dengan pembangunan ilmu," kata anggota dewan undangan negeri kawasan Pauh yang berpengalaman selama 30 tahun dalam pentadbiran dan hubungan luar negara.

Kawasan parlimen Arau mempunyai beberapa institusi pengajian tinggi termasuk Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS).

Azlan yang dilahirkan pada 2 Sept 1958 di Kampung Belat Batu, Arau berterima kasih kepada bekas-bekas Menteri Besar Perlis termasuk Md Isa yang banyak membantunya dan memberi kerjasama untuk menjayakan misi itu.

Ditanya bila kabinet kerajaan negeri akan dibentuk, Azlan yang juga bekas Timbalan Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam (BPA) Jabatan Perdana Menteri berkata, masih terlalu awal untuk mengumumkannya kerana ia memerlukan perbincangan dengan anggota-anggota dewan undangan negeri.

Katanya, perlantikan anggota Exco kerajaan negeri akan dibuat tidak lama lagi dan memerlukan sedikit masa untuk memilih di kalangan anggota-anggota dewan undangan negeri.

Mengenai sasaran tugasnya selepas menerajui Perlis, Azlan berkata, beliau akan terus bekerja tetapi tidak mahu terikat dengan pencapaian 100 hari bertugas kerana masih banyak perkara yang perlu diambil tahu kerana beliau tidak pernah menduga akan menjadi Menteri Besar.

"Saya mendengar perkara ini (bakal calon Menteri Besar Perlis) tetapi merasa ia spekulasi semata-mata kerana semua anggota dewan undangan negeri daripada Umno layak menjadi Menteri Besar," katanya.

Bagaimanapun, malam tadi, Azlan berkata, beliau menerima panggilan daripada Unit Protokol yang memaklumkan bahawa beliau perlu menghadiri majlis angkat sumpah jawatan Menteri Besar Perlis.

Dengan mengangkat sumpah di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istaa Arau dan menerima serahan tugas daripada Md Isa di Kompleks Dewan Undangan Negeri, Azlan kini bergelar Menteri Besar Perlis yang ketujuh.

-- BERNAMA

                         
  • Laman Utama
  • Dasar Privasi
  • Dasar Keselamatan
  • Peta Laman
  • Peta Lokasi
  • Arkib Elektronik

 

Hakcipta Terpelihara © 2012 Kerajaan Negeri Perlis.
Pihak Kerajaan Negeri Perlis tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami 
kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Aras 1, Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis, 01000 Kangar, Perlis.
Tel : 04-9738800 || Fax : 04-9775863 E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Paparan terbaik gunakan  IE 8.0 keatas atau  Mozilla Firefox 4.0 keatas pada resolusi 1024x768 pixel.