• Soalan Lazim
  • Direktori
  • Hubungi Kami
  • W3C Bantuan OKU
  • Mobile Web
   
Increase size
Reset to Default
Decrease size
   

FB Twitter

  • Utama
  • Kerajaan
    • Istana Perlis
    • Menteri Besar
    • Ahli Parlimen
    • Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
    • Ahli Dewan Undangan Negeri
    • SUK Perlis
    • Jabatan Negeri
    • Badan Berkanun Negeri
    • Badan Berkanun Persekutuan
    • Pihak Berkuasa Tempatan
  • SUK Perlis
    • Perutusan YB SUK
    • Piagam Pelanggan
    • Pejabat YB SUK
    • Objektif SUK Perlis
    • Misi dan Visi SUK Perlis
    • Misi dan Visi Perkhidmatan Awam
    • Sejarah Pejabat SUK
    • Senarai Setiausaha Kerajaan
    • Pegawai Kanan SUK
    • Sektor Pengurusan
    • Sektor Pembangunan
  • Pelancongan
    • Tempat Menarik
    • Kesenian dan Warisan
    • Homestay
    • Makanan
    • Membeli-belah
    • 7 Pesona
  • Hubungi Kami
    • Maklumbalas
    • Direktori Pegawai
    • Login Pentadbir
Isnin, 20 Mei 2013

Articles

Email
Print

Mini Putrajaya Lambang Pentadbiran, Pembangunan Perlis

KANGAR (Bernama) -- Bagi yang sudah lama tidak melawat Perlis, pastinya akan terpegun dengan bangunan seakan "Palace of Justice" di Putrajaya jika melewati Persiaran Wawasan di sini.

Bangunan Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis yang tersergam dengan senibina Islam di pinggir Bukit Lagi, Seriab itu lebih dikenali sebagai "Mini Putrajaya" oleh penduduk Perlis.

Jika sebelah siang, bangunan setinggi empat tingkat itu kelihatan tersergam indah dengan landskap alam termasuk bukit-bukau dan sawah padi namun pada sebelah malam, keindahannya menyerlah dengan hiasan lampu hingga turut dapat dilihat oleh pengguna lebuh raya Kuala Perlis-Changlun.

Mini Putrajaya Perlis ini kelihatan bagai berada di tengah kawasan sawah apabila dilihat dari arah Bukit Lagi kerana di bahagian belakang bangunan itu, kegiatan persawahan masih lagi subur.

Para peniaga makanan di kaki Bukit Lagi mengambil kesempatan daripada keindahan Mini Putrajaya itu untuk menggamit pengunjung ke dataran niaga yang lebih dikenali sebagai Dataran Rindu Alam.

LAMBANG KEMAJUAN

Di Dataran Rindu Alam, para pengunjung boleh melihat dengan jelas bangunan Mini Putrajaya sambil bersantai menikmati keenakan makanan dan kesejukan angin bukit.

Selain menempatkan dewan persidangan dewan undangan negeri Perlis, Kompleks itu turut menempatkan pejabat Menteri Besar, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Pejabat Speaker Dewan Undangan Negeri dan Pejabat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Kompleks berharga RM49 juta ini dibina di atas tapak seluas empat hektar pada 11 April, 2005 dan siap sepenuhnya pada 15 Sept, 2007 dan mula diduduki pada akhir tahun 2007.

Bangunan yang turut menempatkan galeri pameran itu dirasmikan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail pada bulan Mei 2010.

Bagi seorang kakitangan awam, Suraya Shuhaimi, 28, bangunan itu menjadi lambang kemajuan negeri Perlis tanpa menghakis kehijauan sekitar apabila kegiatan persawahan masih berterusan di pinggir bangunan.

GABUNGAN ALAM SEMULAJADI DAN PEMBANGUNAN

"Banyak beza antara dahulu dan sekarang selepas adanya 'Mini Putrajaya' ini, telah wujud juga banyak bangunan kerajaan di sekitarnya termasuk Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sekitarnya," katanya.

Ketika ditemui Bernama, beliau berkata, Mini Putrajaya telah mewarnai landskap persekitaran dan lokasinya menggabungkan keindahan alam semula jadi dan pembangunan semasa.

Gua Cenderawasih yang terletak di Bukit Lagi pula menjadi tumpuan ramai kerana banyak kemudahan riadah di situ malah ia turut menjadi pilihan lokasi penggambaran filem dan drama di samping kegiatan santai dan rekreasi.

Dari arah Gua Cenderawasih yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai Gua Sami, bangunan Mini Putrajaya kelihatan tersergam dan bagi pencinta kegiatan kecergasan mereka boleh memanjat Bukit Lagi menggunakan laluan bertangga untuk menyaksikan bangunan itu dari pandangan tempat tinggi.

Selain Mini Putrajaya, sebahagian besar negeri Perlis serta Pulau Langkawi dapat dilihat dari puncak Bukit Lagi, yang turut menjadi lokasi rutin bagi kegiatan kecergasan bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perlis, Hendriansyah Hamsyah, 24, pula berkata, beliau memilih untuk beriadah dan berjoging bersama rakan-rakannya yang lain di situ kerana keindahan persekitaran dan angin segarnya selain terhibur dengan karenah monyet yang berhabitat di situ.

Beliau, yang berasal dari Sabah, yakin Perlis akan terus membangun tanpa mengusik ekosistemnya yang semulajadi dan segar.

-- BERNAMA

                         
  • Laman Utama
  • Dasar Privasi
  • Dasar Keselamatan
  • Peta Laman
  • Peta Lokasi
  • Arkib Elektronik

 

Hakcipta Terpelihara © 2012 Kerajaan Negeri Perlis.
Pihak Kerajaan Negeri Perlis tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami 
kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Aras 1, Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis, 01000 Kangar, Perlis.
Tel : 04-9738800 || Fax : 04-9775863 E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Paparan terbaik gunakan  IE 8.0 keatas atau  Mozilla Firefox 4.0 keatas pada resolusi 1024x768 pixel.