• Soalan Lazim
  • Direktori
  • Hubungi Kami
  • W3C Bantuan OKU
  • Mobile Web
   
Increase size
Reset to Default
Decrease size
   

FB Twitter

  • Utama
  • Kerajaan
    • Istana Perlis
    • Menteri Besar
    • Ahli Parlimen
    • Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
    • Ahli Dewan Undangan Negeri
    • SUK Perlis
    • Jabatan Negeri
    • Badan Berkanun Negeri
    • Badan Berkanun Persekutuan
    • Pihak Berkuasa Tempatan
  • SUK Perlis
    • Perutusan YB SUK
    • Piagam Pelanggan
    • Pejabat YB SUK
    • Objektif SUK Perlis
    • Misi dan Visi SUK Perlis
    • Misi dan Visi Perkhidmatan Awam
    • Sejarah Pejabat SUK
    • Senarai Setiausaha Kerajaan
    • Pegawai Kanan SUK
    • Sektor Pengurusan
    • Sektor Pembangunan
  • Pelancongan
    • Tempat Menarik
    • Kesenian dan Warisan
    • Homestay
    • Makanan
    • Membeli-belah
    • 7 Pesona
  • Hubungi Kami
    • Maklumbalas
    • Direktori Pegawai
    • Login Pentadbir
Sabtu, 25 Mei 2013

Articles

Email
Print

MB Baharu: BN Perlis Masih Tunggu Keputusan Najib

KANGAR, 6 Mei (Bernama) -- Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata pihaknya masih menunggu keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pelantikan menteri besar baharu negeri itu.

"Setakat ini saya tak mahu nak sebut sama ada muka baharu atau muka lama. Tunggu sedikit masa lagi," katanya kepada pemberita, di sini Isnin.

Md Isa yang juga bekas Menteri Besar Perlis turut enggan menjawab mengenai beberapa nama yang dikatakan calon pilihan untuk meneraju pimpinan kerajaan negeri yang bakal dibentuk dalam masa terdekat.

BN Perlis menguasai 13 daripada 15 kerusi dewan undangan negeri (DUN) yang dipertandingkan pada pilihan raya umum ke-13 semalam, sekali gus membolehkannya membentuk kerajaan negeri.

BN Perlis juga berjaya mempertahankan kesemua tiga kerusi parlimen di negeri itu.

Antara nama yang disebut-sebut bakal menjadi menteri besar ialah Azlan Man yang memenangi kawasan DUN Pauh. Azlan, 54, dikatakan orang paling layak kerana bekas Timbalan Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam itu mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran dan hubungan antarabangsa.

Turut disebut-sebut ialah Datuk Mat Rawi Kassim (DUN Beseri), Sabry Ahmad (DUN Santan) dan Datuk Ismail Kasim (DUN Tambun Tulang).

Sementara itu, Timbalan Pengerusi BN negeri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim pula berharap tiada campur tangan pihak lain dalam pemilihan menteri besar yang baharu.

"Yang penting pemilihan dibuat mengikut hierarki parti," katanya yang menang di kerusi Parlimen Arau.

-- BERNAMA

                         
  • Laman Utama
  • Dasar Privasi
  • Dasar Keselamatan
  • Peta Laman
  • Peta Lokasi
  • Arkib Elektronik

 

Hakcipta Terpelihara © 2012 Kerajaan Negeri Perlis.
Pihak Kerajaan Negeri Perlis tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami 
kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Aras 1, Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis, 01000 Kangar, Perlis.
Tel : 04-9738800 || Fax : 04-9775863 E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Paparan terbaik gunakan  IE 8.0 keatas atau  Mozilla Firefox 4.0 keatas pada resolusi 1024x768 pixel.