• Soalan Lazim
  • Direktori
  • Hubungi Kami
  • W3C Bantuan OKU
  • Mobile Web
   
Increase size
Reset to Default
Decrease size
   

FB Twitter

  • Utama
  • Kerajaan
    • Istana Perlis
    • Menteri Besar
    • Ahli Parlimen
    • Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
    • Ahli Dewan Undangan Negeri
    • SUK Perlis
    • Jabatan Negeri
    • Badan Berkanun Negeri
    • Badan Berkanun Persekutuan
    • Pihak Berkuasa Tempatan
  • SUK Perlis
    • Perutusan YB SUK
    • Piagam Pelanggan
    • Pejabat YB SUK
    • Objektif SUK Perlis
    • Misi dan Visi SUK Perlis
    • Misi dan Visi Perkhidmatan Awam
    • Sejarah Pejabat SUK
    • Senarai Setiausaha Kerajaan
    • Pegawai Kanan SUK
    • Sektor Pengurusan
    • Sektor Pembangunan
  • Pelancongan
    • Tempat Menarik
    • Kesenian dan Warisan
    • Homestay
    • Makanan
    • Membeli-belah
    • 7 Pesona
  • Hubungi Kami
    • Maklumbalas
    • Direktori Pegawai
    • Login Pentadbir
Khamis, 20 Jun 2013

Articles

Email
Print

Raja Muda Perlis Sertai Program 4RRD:3-70

KANGAR, 29 April (Bernama) -- Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini berbasikal sejauh 20 kilometer bagi menjayakan program anjuran Batalion ke-4 Rejimen Renjer Diraja (4RRD) yang dikenali 4RRD:3-70 di sekitar Mata Ayer dan Chuping dekat sini.

Program 4RRD:3-70 (sebut 4RRD, tiga sengkang 70) membawa maksud tiga kegiatan yang membabitkan angka 70 iaitu 70 anggota batalion itu yang menyertai kayuhan sejauh 70 kilometer sempena ulang tahun keputeraan ke-70 Raja Perlis yang juga Kolonel Yang Dipertua Rejimen Renjer Diraja, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail pada 17 Mei ini.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Komander Regimen 504 Askar Wataniah melakukan kayuhan bersama para peserta program itu pada 20 kilometer terakhir dengan memasuki kampung tradisional di Chuping dan Mata Ayer dengan diiringi Pegawai Memerintah 4RRD, Lt Kol Ahmad Norzaini Badrun.

Turut menyertai kayuhan itu ialah 15 anggota Asia Budo yang merupakan kumpulan seni mempertahankan diri dari Zurich, Switzerland yang dipimpin seorang rakyat Malaysia, Master Yaw Hwa Chin yang kebetulan berada di Perlis selama tiga hari.

Sempena kayuhan itu, baginda bersama para peserta singgah di dua buah rumah penduduk miskin di Kampung Pokok Sena dan Panggas Besar untuk menyampaikan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Tuanku Syed Faizuddin, yang juga Yang Dipertua MAIPs, turut singgah di Sekolah Rendah Kebangsaan Panggas dan menyaksikan persembahan kebudayaan oleh para pelajar sekolah itu.

Program kayuhan itu adalah sebahagian daripada program sampingan sempena ulang tahun keputeraan Raja Perlis bertemakan 'Raja Ditaati, Rakyat Dirahmati, Negeri Disanjungi.'

-- BERNAMA

                         
  • Laman Utama
  • Dasar Privasi
  • Dasar Keselamatan
  • Peta Laman
  • Peta Lokasi
  • Arkib Elektronik

 

Hakcipta Terpelihara © 2012 Kerajaan Negeri Perlis.
Pihak Kerajaan Negeri Perlis tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami 
kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Aras 1, Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis, 01000 Kangar, Perlis.
Tel : 04-9738800 || Fax : 04-9775863 E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Paparan terbaik gunakan  IE 8.0 keatas atau  Mozilla Firefox 4.0 keatas pada resolusi 1024x768 pixel.