Takaful Ikhlas Peruntuk RM250,000 Bagi Program Keagamaan Di MSAM 2013

Penyerahan penajaan telah disampaikan oleh Yushida Husin, Naib Presiden Kanan, Jabatan Perkhidmatan Korporat yang mewakili Encik Ab Latiff Abu Bakar, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful IKHLAS kepada Pengetua-pengetua dan Guru Besar sekolah yang terpilih.Turut dihadir di majlis tersebut adalah Encik Nuzrin Nuiman, Timbalan Pengarah, Jabatan Pelajaran Negeri Perlis dan Cik Lea Dee Spykerman, PenulisKanan, PenerbitanAstro. Foto: Ehsan: Takaful IkhlasKUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Takaful Ikhlas Sdn Bhd, anak syarikat MNRB Holdings Bhd, memperuntukkan RM250,000 bagi program keagamaan di Minggu Saham Amanah Malaysia 2013 (MSAM 2013) selama lapan hari di sini.
Naib Presiden Kanannya, Yushida Husin berkata antara program itu ialah forum agama dan pertandingan mengeja Jawi.
"Kami mendapat respons yang baik walau pun semasa demam pilihan raya ini," katanya pada satu taklimat media di sini Rabu.
Katanya syarikat itu juga menaja buku kerja "Oh My English!" bagi lima sekolah rendah dan lima sekolah menengah di Perlis.
Kira-kira 2,000 pelajar akan mendapat manfaat dari penajaan itu, katanya, sambil menyatakan Takaful Ikhlas ingin juga mengambil bahagian dan membantu meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris di kalangan rakyat Malaysia, terutama sekali di kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah.
"Penajaan itu akan turut membantu memupuk budaya membaca di kalangan pelajar," katanya.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MNRB Mohd Din Merican berkata syarikat itu akan terus fokus pada pelajar, terutama sekali bagi Sijil Pelajaran Malaysia.
"Tabung Biasiswa MNRB akan menawarkan biasiswa kepada 20 lagi pelajar tahun ini untuk menyambung pengajian di dalam kursus berkaitan insurans di negara ini dan di seberang laut," katanya.
Sehingga ini, MNRB telah menghasilkan 367 graduan, katanya.
Sumber -- BERNAMA


























