• Soalan Lazim
  • Direktori
  • Hubungi Kami
  • W3C Bantuan OKU
  • Mobile Web
   
Increase size
Reset to Default
Decrease size
   

FB Twitter

  • Utama
  • Kerajaan
    • Istana Perlis
    • Menteri Besar
    • Ahli Parlimen
    • Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
    • Ahli Dewan Undangan Negeri
    • SUK Perlis
    • Jabatan Negeri
    • Badan Berkanun Negeri
    • Badan Berkanun Persekutuan
    • Pihak Berkuasa Tempatan
  • SUK Perlis
    • Perutusan YB SUK
    • Piagam Pelanggan
    • Pejabat YB SUK
    • Objektif SUK Perlis
    • Misi dan Visi SUK Perlis
    • Misi dan Visi Perkhidmatan Awam
    • Sejarah Pejabat SUK
    • Senarai Setiausaha Kerajaan
    • Pegawai Kanan SUK
    • Sektor Pengurusan
    • Sektor Pembangunan
  • Pelancongan
    • Tempat Menarik
    • Kesenian dan Warisan
    • Homestay
    • Makanan
    • Membeli-belah
    • 7 Pesona
  • Hubungi Kami
    • Maklumbalas
    • Direktori Pegawai
    • Login Pentadbir
Rabu, 22 Mei 2013

Articles

Email
Print

Mara Hasrat Hasilkan 6,000 Usahawan Tahun Ini

KANGAR, 24 April (Bernama) -- Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan dapat menghasilkan 6,000 usahawan baharu tahun ini dan menyediakan dana berjumlah RM512 juta bagi membiayai modal asas perniagaan mereka.

Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, Datuk Mohd Rosdi Ismail berkata sejak Januari sehingga Mac lalu, sebanyak 37 usahawan baharu telah dihasilkan di seluruh negara melalui pembiayaan modal asas sebanyak RM3.8 juta.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Usahawan dan Pendidikan MARA Perlis 2013 di sini Rabu, beliau berkata MARA bercadang meningkatkan kadar maksimum pembiayaan kepada RM1 juta seorang berbanding RM500,000 pada masa ini.

Beliau berkata MARA meletakkan sasaran 500 usahawan bumiputera yang menerima pembiayaan MARA mencapai status jutawan dihasilkan di seluruh negara menjelang 2015.

Sejak 2011 sehingga akhir tahun lalu, MARA telah menghasilkan 196 jutawan yang terbabit dalam pelbagai bidang keusahawan.

"Matlamat melahirkan kumpulan usahawan yang mantap juga telah menampakkan prestasi memberangsangkan apabila dalam tempoh dua tahun sejak 2011 menghasilkan 13,500 usahawan mantap daripada matlamat sebanyak 16,500 orang menjelang tahun 2015," kata beliau.

Mohd Rosdi berkata bagi memudahkan bakal usahawan menjalankan perniagaan, MARA turut menyediakan 7,373 lot perniagaan berupa gerai dan kedai dalam 483 projek bernilai RM2.6 bilion di seluruh negara.

Daripada jumlah itu sebanyak 20 projek bernilai RM50 juta telah dilaksanakan di Perlis untuk kemudahan 332 usahawan Bumiputera di Perlis.

Sementara itu Pengarah MARA Perlis, Abdul Halim Mamat berkata, karnival Usahawan dan Pendidikan Mara itu akan berlangsung selama tiga hari bermula hari ini membabitkan penyertaan 24 usahawan dan 15 institusi pengajian tinggi serta institusi pengajian MARA (IPMA).

Antara acara yang berlangsung sepanjang karnial itu termasuk seminar membabitkan 300 peserta terdiri bakal-bakal usahawan, pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi, para premis MARA dan para peminjam.

Sumber -- BERNAMA
                         
  • Laman Utama
  • Dasar Privasi
  • Dasar Keselamatan
  • Peta Laman
  • Peta Lokasi
  • Arkib Elektronik

 

Hakcipta Terpelihara © 2012 Kerajaan Negeri Perlis.
Pihak Kerajaan Negeri Perlis tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami 
kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Aras 1, Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis, 01000 Kangar, Perlis.
Tel : 04-9738800 || Fax : 04-9775863 E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Paparan terbaik gunakan  IE 8.0 keatas atau  Mozilla Firefox 4.0 keatas pada resolusi 1024x768 pixel.