• Soalan Lazim
  • Direktori
  • Hubungi Kami
  • W3C Bantuan OKU
  • Mobile Web
   
Increase size
Reset to Default
Decrease size
   

FB Twitter

  • Utama
  • Kerajaan
    • Istana Perlis
    • Menteri Besar
    • Ahli Parlimen
    • Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
    • Ahli Dewan Undangan Negeri
    • SUK Perlis
    • Jabatan Negeri
    • Badan Berkanun Negeri
    • Badan Berkanun Persekutuan
    • Pihak Berkuasa Tempatan
  • SUK Perlis
    • Perutusan YB SUK
    • Piagam Pelanggan
    • Pejabat YB SUK
    • Objektif SUK Perlis
    • Misi dan Visi SUK Perlis
    • Misi dan Visi Perkhidmatan Awam
    • Sejarah Pejabat SUK
    • Senarai Setiausaha Kerajaan
    • Pegawai Kanan SUK
    • Sektor Pengurusan
    • Sektor Pembangunan
  • Pelancongan
    • Tempat Menarik
    • Kesenian dan Warisan
    • Homestay
    • Makanan
    • Membeli-belah
    • 7 Pesona
  • Hubungi Kami
    • Maklumbalas
    • Direktori Pegawai
    • Login Pentadbir
Khamis, 23 Mei 2013

Articles

Email
Print

Proses Transformasi Lebih Berkesan Tanpa Elemen Negatif, Titah Raja Muda Perlis

KANGAR, 22 April (Bernama) -- Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu warga kerja jabatan dan agensi agama Islam, terutama di bawah naungan raja-raja, menyingkirkan elemen negatif dalam pengurusan bagi melancarkan proses transformasi organisasi.

"Mereka juga diharapkan agar bukan sahaja beramanah dan mementingkan mutu kerja tetapi juga memantapkan sahsiah diri," titah baginda pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertemakan "Mahabbah De Laila" di Songkhla, Thailand semalam.

Teks titah ucapan baginda itu dihantar kepada Bernama oleh MAIPs Isnin.

Pada majlis itu Tuanku Faizuddin berkenan menyampaikan anugerah kepada warga kerja MAIPs, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Jabatan Mufti Perlis dan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis.

Turut berangkat ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Hadir sama Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd Faizal Razali.

Terdahulu baginda bersama Raja Puan Muda Perlis melawat Kompleks Islam Songkhla. Antara komponen utama bangunan itu ialah Masjid Besar Hatyai yang merupakan simbol keagungan Islam wilayah Songkhla.

Masjid itu boleh menampung sehingga 3,000 jemaah pada satu-satu masa.

-- BERNAMA

                         
  • Laman Utama
  • Dasar Privasi
  • Dasar Keselamatan
  • Peta Laman
  • Peta Lokasi
  • Arkib Elektronik

 

Hakcipta Terpelihara © 2012 Kerajaan Negeri Perlis.
Pihak Kerajaan Negeri Perlis tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami 
kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Aras 1, Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis, 01000 Kangar, Perlis.
Tel : 04-9738800 || Fax : 04-9775863 E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Paparan terbaik gunakan  IE 8.0 keatas atau  Mozilla Firefox 4.0 keatas pada resolusi 1024x768 pixel.