Sukma Perlis 2014
KONSEP
Sukan Malaysia merupakan satu pertandingan sukan yang dianjurkan bersama oleh pelbagai pihak yang terlibat dalam membangunkan sukan di negara ini. pendekatan bersepadu ini bertujuan untuk memberi peranan pihak-pihak berkenaan iaitu agensi kerajaan, persatuan-persatuan sukan serta pihak swasta untuk melaksanakan program pembangunan sukan supaya tanggungjawab ini dapat dilaksanakan bersama. SUKAN MALAYSIA dianjurkan seolah seperti 'Mini Olimpik' kerana bilangan jenis sukan yang terlibat serta penyertaan adalah sangat besar malahan ia lebih ramai dari sukan SEA.
OBJEKTIF UTAMA
- Mencungkil bakat muda.
- Pembinaan kemudahan baru dan peralatan lengkap bagi negeri tuan rumah.
- Latihan kepada pegawai sukan peringkat negeri/kebangsaan.
- Penglibatan oleh pihak kerajaan, pertubuhan sosial, politik dan pemimpin-pemimpin korporat.
- Mewujudkan integrasi nasional.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |































