• Soalan Lazim
  • Direktori
  • Hubungi Kami
  • W3C Bantuan OKU
  • Mobile Web
   
Increase size
Reset to Default
Decrease size
   

FB Twitter

  • Utama
  • Kerajaan
    • Istana Perlis
    • Menteri Besar
    • Ahli Parlimen
    • Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
    • Ahli Dewan Undangan Negeri
    • SUK Perlis
    • Jabatan Negeri
    • Badan Berkanun Negeri
    • Badan Berkanun Persekutuan
    • Pihak Berkuasa Tempatan
  • SUK Perlis
    • Perutusan YB SUK
    • Piagam Pelanggan
    • Pejabat YB SUK
    • Objektif SUK Perlis
    • Misi dan Visi SUK Perlis
    • Misi dan Visi Perkhidmatan Awam
    • Sejarah Pejabat SUK
    • Senarai Setiausaha Kerajaan
    • Pegawai Kanan SUK
    • Sektor Pengurusan
    • Sektor Pembangunan
  • Pelancongan
    • Tempat Menarik
    • Kesenian dan Warisan
    • Homestay
    • Makanan
    • Membeli-belah
    • 7 Pesona
  • Hubungi Kami
    • Maklumbalas
    • Direktori Pegawai
    • Login Pentadbir
Tuesday, 18 June 2013

Articles

Email
Print

Rakyat Perlu Kaji Sejarah Untuk Bina Tamadun Baharu Yang Cemerlang

KANGAR, 19 Mac (Bernama) -- Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu rakyat mengkaji sejarah lampau yang pelbagai untuk membina tamadun baharu yang lebih cemerlang.

Menurut baginda, rakyat perlu belajar untuk mencapai kehidupan lebih baik, teratur dan lebih berjaya melalui penghayatan sejarah dan penambahbaikan dalam usaha menjamin masa depan lebih baik dan melahirkan masyarakat bertamadun tinggi.

Bertitah merasmikan Program Keunggulan Naskhah Lama dan Artifak Menerusi Kegemilangan Melayu anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama PNM Perlis di sini Selasa, baginda berharap program itu menggamit rakyat menyingkap sejarah lampau yang telah membentuk zaman yang sedang dilalui.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah dengan penemuan naskhah dan artifak itu membuktikan tamadun Melayu zaman silam begitu hebat malah banyak manuskrip Melayu yang telah lama dibawa keluar dari negara ini dan menjadi bahan kajian negara lain.

Menurut baginda, sebagai contoh sebuah manuskrip Melayu lama tulisan Jawi yang dihasilkan penduduk Perlis lebih 200 tahun lalu menjadi antara ratusan manuskrip lama seluruh dunia yang disimpan di British Library, London, selain dokumen rasmi lain.

"Menurut catatan manuskrip bertajuk 'Hikayat Nabi Yusuf' setebal 60 muka surat ditulis oleh Muhammad Lebai pada 1802, dan saya turut berkesempatan melihat manuskrip tersebut semasa mengetuai lawatan kerja ke London tahun lalu," titah baginda.

Berdasarkan maklumat dalam manuskrip Hikayat Nabi Yusuf itu, selain tertera nama penulis Muhammad Lebai, ia menyatakan manuskrip itu juga hasil 'kerja tangan' Cik Mat Orang Kayangan dan Cik Mat Tok Muda Anak Raja Inderawangsa di Perlis.

"Ada yang berpendapat bahawa Muhammad Lebai, Cik Mat Orang Kayangan dan Cik Mat Tok Muda adalah orang yang sama," titah baginda.

Sebelum itu, Ketua Pengarah PNM Datuk Raslin Abu Bakar dalam ucapan berkata pihaknya telah menterjemah dan membukukan kandungan manuskrip lama melalui penerbitan katalog manuskrip Melayu, jurnal dan risalah untuk kemudahan orang ramai.

Menurutnya, pada masa ini PNM menyimpan lebih 4,000 koleksi naskhah manuskrip Melayu berusia lebih 150 tahun yang mencakupi pelbagai genre termasuk kesusasteraan, sejarah, kitab agama, perubatan, undang-undang, ketatanegaraan dan petua serta azimat.

Berangkat sama ke majlis itu ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil disertai Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis Datuk Yazid Mat yang mewakili Menteri Besar.

Program yang mempamerkan nashkah dan artifak di bangunan PNM Perlis itu berlangsung selama lima hari dan terbuka kepada orang ramai.

Sumber -- BERNAMA

                         
  • Laman Utama
  • Dasar Privasi
  • Dasar Keselamatan
  • Peta Laman
  • Peta Lokasi
  • Arkib Elektronik

 

Hakcipta Terpelihara © 2012 Kerajaan Negeri Perlis.
Pihak Kerajaan Negeri Perlis tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami 
kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Aras 1, Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis, 01000 Kangar, Perlis.
Tel : 04-9738800 || Fax : 04-9775863 E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Paparan terbaik gunakan  IE 8.0 keatas atau  Mozilla Firefox 4.0 keatas pada resolusi 1024x768 pixel.