• Soalan Lazim
  • Direktori
  • Hubungi Kami
  • W3C Bantuan OKU
  • Mobile Web
   
Increase size
Reset to Default
Decrease size
   

FB Twitter

  • Utama
  • Kerajaan
    • Istana Perlis
    • Menteri Besar
    • Ahli Parlimen
    • Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
    • Ahli Dewan Undangan Negeri
    • SUK Perlis
    • Jabatan Negeri
    • Badan Berkanun Negeri
    • Badan Berkanun Persekutuan
    • Pihak Berkuasa Tempatan
  • SUK Perlis
    • Perutusan YB SUK
    • Piagam Pelanggan
    • Pejabat YB SUK
    • Objektif SUK Perlis
    • Misi dan Visi SUK Perlis
    • Misi dan Visi Perkhidmatan Awam
    • Sejarah Pejabat SUK
    • Senarai Setiausaha Kerajaan
    • Pegawai Kanan SUK
    • Sektor Pengurusan
    • Sektor Pembangunan
  • Pelancongan
    • Tempat Menarik
    • Kesenian dan Warisan
    • Homestay
    • Makanan
    • Membeli-belah
    • 7 Pesona
  • Hubungi Kami
    • Maklumbalas
    • Direktori Pegawai
    • Login Pentadbir
Wednesday, 22 May 2013
UtamaPelanconganTempat MenarikMuzium KayangBerita SemasaUiTM Tawar Tempat Untuk Anak-anak Polis Yang Terkorban Di Sabah
Email
Print

UiTM Tawar Tempat Untuk Anak-anak Polis Yang Terkorban Di Sabah

KANGAR, 5 Mac (Bernama) -- Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan memastikan anak-anak pegawai dan anggota polis yang terkorban semasa mempertahankan kedaulatan negara di Sabah mendapat tempat sewajarnya di UiTM, kata Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar Selasa.


Menurutnya, pada masa ini, empat anak-anak anggota yang terkorban telah dikenal pasti dan usaha mengesan sedang dilakukan bagi memastikan kemungkinan ada lagi anak-anak anggota yang berkelayakan diberi tempat di institusi pengajian tinggi itu.

UiTM amat menghargai jasa pahlawan yang gugur semasa mempertahankan tanah air dan anak-anak pahlawan itu akan diberi tempat yang sewajarnya di UiTM, katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis menghadap Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau Selasa.

Beliau berkata, perkara itu telah dimaklumkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Mengenai produk inovasi terbaru keluaran UiTM, beliau berkata, pihaknya akan mengkormersilkan produk inovasi yang dikenali sebagai "Gadam Siri 2 (GS2) yang dicipta bagi memudahkan para petani mengait buah mangga termasuk mempelam harumanis secara selamat.

Katanya, melalui sistem itu, buah yang dipetik tidak akan gugur ke tanah dan dapat mengelakkan kerosakan buah.

Peralatan GS2 itu telah dipersembahkan kepada Raja Perlis semasa majlis menghadap baginda dan turut disaksikan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.



-- BERNAMA

                         
  • Laman Utama
  • Dasar Privasi
  • Dasar Keselamatan
  • Peta Laman
  • Peta Lokasi
  • Arkib Elektronik

 

Hakcipta Terpelihara © 2012 Kerajaan Negeri Perlis.
Pihak Kerajaan Negeri Perlis tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami 
kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Aras 1, Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis, 01000 Kangar, Perlis.
Tel : 04-9738800 || Fax : 04-9775863 E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Paparan terbaik gunakan  IE 8.0 keatas atau  Mozilla Firefox 4.0 keatas pada resolusi 1024x768 pixel.