KANGAR, 22 Mac (Bernama) -- Seorang lelaki warga Thailand yang ditahan oleh Kastam Padang Besar bersama 88 kilogram kanabis pada 7 Mac lepas, didakwa di Mahkamah Kangar hari ini atas tuduhan mengedar dadah.

Hares Waeda-Oh, 37, didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah kepadanya di hadapan Majistret Mohd Izmi Ibrahim. Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mohd Izmi menetapkan 2 Jun depan untuk sebutan semula kes itu sementara menunggu keputusan laporan kimia dan proses melantik peguam tertuduh.

Mengikut kertas pertuduhan, Hares didakwa melakukan kesalahan itu di Unit Pemeriksaan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Padang Besar, jam 9.30 pagi pada tarikh berkenaan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Parma Chandraverah.

-- BERNAMA

MAMPUMyGOVMSCJPATourismSPABPASPRPEMUDAHMOFKSN

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Aras 1,
Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis,
01000 Kangar, Perlis.
Tel : 04-9738800
Fax : 04-9775863
E-mel : korporat@perlis.gov.my

 

Pihak Kerajaan Negeri Perlis tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan terbaik gunakan  IE 8.0 keatas atau  Mozilla Firefox 4.0 keatas pada resolusi 1024x768 pixel.