Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Aras 1, Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis, 01990 Kangar, Perlis.
Tel : 04-9738800
Fax : 04-9775863
E-mel : sukpls@perlis.gov.my

Info Terkini

Perhatian
Diminta semua JKKK mengemaskini maklumat kampung masing-masing

 
Peringatan
Bagi penyewa gerai UPD yang tidak menjelaskan sewa dan tunggakan diminta jelaskan segera.

 
Kajian Kepuasan Pelanggan

Sistem Kajian Kepuasan Pelanggan sedang dibangunkan oleh SUK Perlis. Kajian Kepuasan Pelanggan dibina bagi mengesan dan mengetahui kelemahan-kelemahan didalam sistem pentadbiran Kerajaan Perlis dan seterusnya diperbaiki. 


 

Taman Herba

Letaknya hanya beberapa kilometer dari Taman Ular dan juga bersebelahan dengan Hutan Lipur Bukit Ayer. Taman Herba ini merangkumi kawasan seluas 12 hektar. Ianya ditubuhkan oleh Pejabat Perhutanan Perlis pada tahun 1998. Ia dibuka kepada orang awam pada tahun 1999. Taman ini kini berfungsi sebagai “muzium etnobotani” dan juga sebagai takungan gen bagi kebanyakan sumber tumbuhan yang boleh didapati di negara ini.

 Perlis merupakan sebuah negeri yang terletak paling utara di Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan negara Thailand di bahagian barat lautnya. Dengan keluasan 81,086ha, ia adalah sebuah negeri terkecil di Malaysia dan merupakan sebuah negeri pertanian berdasarkan kepada kawasan pertanian dan jumlah tenaga pekerja dalam bidang ini.Mengalami iklim bermusim yang ketara,di mana ia menerima jumlah hujan yang paling banyak di dalam bulan Oktober dan April hingga Mei, manakala musim keringnya ialah di antara bulan Disember hingga Mac.

Perubahan musin ini banyak mempengaruhi jenis tumbuhan di Perlis. Ini termasuklah tumbuh-tumbuhan yang unik dari segi ciri-cirinya berbanding tumbuhan di negeri lain di Semenanjung Malaysia. Kedudukannya yang berdekatan dengan Thailand juga menyebabkan negeri ini mempunyai spesies-spesies tumbuhan yang mempunyai perkaitan rapat dari segi ciri-ciri dengan spesies-spesies yang sama terdapat di Thailand Imagedan Myanmar.Walaupun hanya 14% daripada keluasan Negeri Perlis diliputi hutan, negeri ini terkenal sebagai salah sebuah negeri di Malaysia yang sentiasa memelihara sumber-sumberhutannya dari pelbagai aspek.

Taman Herba Negeri Perlis merupakan satu lagi projek Jabatan Perhutanan Negeri Perlis di dalam usaha untuk mempelbagaikan potensi tumbuhan herba supaya dapat dimanfaatkan oleh generasi pada masa kini dan akan datang. Limpahan keaslian herba ini telah menjadi inspirasi kepada penyelidik taman ini untuk mengetahui warisan dan kemujaraban sistem perawatan tradisional yang telah diamalkan oleh nenek moyang sejak ratusan tahun dahulu. Sesungguhnya herba merupakan ubat untuk penyembuhan pelbagai jenis penyakit.
 

Ditubuhkan pada tahun 1998 dengan keluasan 12 hektar, Taman Herba berfungsi untuk menempatkan koleksi tumbuh-tumbuhan ubatan yang digunakan oleh penduduk setempat khasnya dan tumbuhan ubatan lain amnya. Ianya juga boleh dijadikan sebuah “muzium” tumbuhan ubatan di mana taman ini dibuka kepada pelawat seluruh negara yang ingin mengenali dan mengetahui jenis dan kegunaan tumbuh-tumbuhan ini.

Koleksi tumbuhan yang terdapat di sini terdiri dari tumbuhan liar yang sedia ada di taman ini (in-situ), tumbuh-tumbuhan ubatan yang didatangkan dari tempat lain (ex-situ) dan tumbuh-tumbuhan ubatan yang berasal dari negara lain yang telah lama diperkenalkan di negeri ini.Sehingga tahun 2000. koleksi Taman Herba telah menjangkau Imagesehingga 600 spesies. Di antara tumbuhan ubatan terkenal yang terdapat di sini ialah Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Cekor, Halia, Serai, Mengkudu, Selasih, Kayu Manis dan lain-lain lagi. Sesetengah tumbuhan di sini merupakan tanaman yang lazimnya ditemui di sekeliling rumah anda seperti Bunga Raya, Bunga Tahi Ayam, Senduduk, Pokok Kapal Terbang, Sireh, Kesom, Pinang dan Pisang. Ianya dipamerkan di sini untuk memberi kefahaman kepada pelawat terhadap nilai sebenar tumbuh-tumbuhan ubatan kepada manusia.

 

Kemaskini Terakhir :Khamis 11 Mac 2010, 18:24

Hakcipta Terpelihara © 2009 Kerajaan Negeri Perlis.
Pihak Kerajaan Negeri Perlis tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Paparan terbaik gunakan IE 8.0 keatas atau Mozilla Firefox 4.0 keatas pada resolusi 1024x768 pixel.
Sila Muat Turun Internet Explorer 8 atau Mozilla Firefox 3.5