Sira Belinggai
Ketika musim panas atau ’timur’ buah belinggai masak. Pada masa ini para petani negeri Perlis menggunakan buah tersebut untuk membuat sira yang dinamakan ‘Sira Belinggai’.Buah Belinggai yang keras kulitnya, dikopek dan dikeluarkan isinya. Isi belinggai ini dicampurkan dengan santan untuk dijadikan sira. Sira Belingga ini biasanya dimakan pada waktu petang dan amat enak jika digaul dengan emping atau ringgi. Makanan ini merupakan makanan tradisi awal penduduk negeri Perlis. | |





















Ketika musim panas atau ’timur’ buah belinggai masak. Pada masa ini para petani negeri Perlis menggunakan buah tersebut untuk membuat sira yang dinamakan ‘Sira Belinggai’.