Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Aras 1, Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis, 01990 Kangar, Perlis.
Tel : 04-9738800
Fax : 04-9775863
E-mel : sukpls@perlis.gov.my

Info Terkini

Perhatian
Diminta semua JKKK mengemaskini maklumat kampung masing-masing

 
Peringatan
Bagi penyewa gerai UPD yang tidak menjelaskan sewa dan tunggakan diminta jelaskan segera.

 
Kajian Kepuasan Pelanggan

Sistem Kajian Kepuasan Pelanggan sedang dibangunkan oleh SUK Perlis. Kajian Kepuasan Pelanggan dibina bagi mengesan dan mengetahui kelemahan-kelemahan didalam sistem pentadbiran Kerajaan Perlis dan seterusnya diperbaiki. 


 

Tarinai

Nama tarian ini berasal daripada perkataan ‘Tari Inai’ dicantumkan menjadi ‘Tarinai’. Tarian ini mula berkembang ketika pemerintahan Raja Syed Alwi Jamalullail(1905-1943).Ianya merupakan tarian istana, akhirnya menjadi tarian rakyat yang dipersembahkan ketika majlis berinai.

Tariannya sungguh unik dan amat indah ulai tarinya, ditarikan oleh anak-anak muda lelaki, seorang atau berempat. Penari-penari ini menatang piring yang dipasang lilin. Para penari yang dilatih sejak kecil lagi, menari dengan lemah lembut dan melintuk-lintuk sehingga berjaya melayahkan badannya ke belakang, memungut wang syiling yang ditabur atas lantai dengan mulul satu demi satu.

Tarinai diringi oleh paluan ‘Gendang Tarinai’ yang memainkan tiga buah lagu iaitu Temang Welo, Selong dan Mak Inang.

Selepas tarian ini ditarikan maka bermulaalh adat istiadat menampal inai pengantin perempuan di atas pelamin, lazimnya ketika lewat tengah malam atau dinihari.

Kini tarian ini telah diubahsuai, penarinya terdiri daripada wanita, dipersembahkan dalam majlis-majlis keramaian atau pesta-pesta hiburan.

Kemaskini Terakhir :Jumaat 12 Mac 2010, 06:52

Hakcipta Terpelihara © 2009 Kerajaan Negeri Perlis.
Pihak Kerajaan Negeri Perlis tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Paparan terbaik gunakan IE 8.0 keatas atau Mozilla Firefox 4.0 keatas pada resolusi 1024x768 pixel.
Sila Muat Turun Internet Explorer 8 atau Mozilla Firefox 3.5