Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Aras 1, Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis, 01990 Kangar, Perlis.
Tel : 04-9738800
Fax : 04-9775863
E-mel : sukpls@perlis.gov.my

Info Terkini

Perhatian
Diminta semua JKKK mengemaskini maklumat kampung masing-masing

 
Peringatan
Bagi penyewa gerai UPD yang tidak menjelaskan sewa dan tunggakan diminta jelaskan segera.

 
Kajian Kepuasan Pelanggan

Sistem Kajian Kepuasan Pelanggan sedang dibangunkan oleh SUK Perlis. Kajian Kepuasan Pelanggan dibina bagi mengesan dan mengetahui kelemahan-kelemahan didalam sistem pentadbiran Kerajaan Perlis dan seterusnya diperbaiki. 


 

Layang Emas

Menurut  sejarah, tarian ini tercipta ketika raja Perlis menghantar ufti bunga emas kepada kerajaan Siam pada masa negeri ini di bawah naungan kerajaan Siam. Penghantaran tersebut dilakukan  dengan menaiki gajah .Ketika itulah ,seorang gembala gajah yang dipanggil Tuk Jambul bersama rakannya Ecan mencipta lagu ‘Layang Emas’.

Mereka menyanyi sambil menggembala gajah ,kadang-kadang mendepakan tangan, melayang-layang di atas Bunga Emas yang diletakkan di atas gajah, kerana itulah dinamakn lagu ‘Layang Emas’.

Setelah pulang dari Siam, kedua gembala gajah tadi mencipta tarian ‘Layang Emas’. Tarian ini merupakan gerak tangan, melayang-layang (melenggang-lenggang) sambil berpusing beberapa kali. Tarian ini juga boleh dilakukan bentuknya dengan tarian Selong.

Di antara pantun yang dinyanyikan dalam tarian Layang Emas ialah:

Burung belibis terbang melibis,
Hinggap mari di Alor Tok Pulai,
Kelih boleh nak ambik tak boleh,
Bunga kenbang di hujung julai,
 
Anak Cina di atas kapal,
Bilang pinggan sambil berdiri,
Kait bunga galah tak sampai,
Bunga kesian luruh sendiri,

Kemaskini Terakhir :Jumaat 12 Mac 2010, 06:52

Hakcipta Terpelihara © 2009 Kerajaan Negeri Perlis.
Pihak Kerajaan Negeri Perlis tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Paparan terbaik gunakan IE 8.0 keatas atau Mozilla Firefox 4.0 keatas pada resolusi 1024x768 pixel.
Sila Muat Turun Internet Explorer 8 atau Mozilla Firefox 3.5