Joget Kain Batik
Tarian dan lagu Joget Kain Batik mula dicipta dalam zaman pemerintahan Jepun. Lagu ini dicipta oleh kumpulan joget asli, Kuala Perlis yang dipimpin oleh Mat Diah dan dinyanyikan oleh Cik Hamiah.
Ketika tarian ini ditarikan, disusuli pantun tentang kain batik, sebab itulah dinamakan Joget Kain Batik. Pantun tersebut berbunyi:
Adik cantik mana la dia?
Kain batik dari Betawi,
Adik cantik bila nak mari?
Kain batik baju pun batik,
Batik dibawa dari jawa,
Adik cantik abang pun cantik,
Bagai dipinang dibelah dua,
Corus:
P:Kain batik dari Perlis,
L:Adik cantik senyum manis,
P:KAin batik dari Kedah,
L:Adik cantik senyum mudah,
Lazimnya ketika menari tarian ini, penyanyi perempuan atau 'puteri' akan memakai kain batik panjang.
Tarian ini merupakan sebuah tarian joget yang terdiri daripada puteri-puteri joget. Para penari akan berbalas pantun antara penari perempuan dengan penari lelaki dalam sebuah persembahan joget. Ketika persembahan joget dipersembahan dalam istana,dalam zaman pemerintahan Tuanku Raja Syed Alwi, tarian ini amat menarik sehingga berulang-ulang kali ditarikan di hadapan baginda.





















