Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Aras 1, Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis, 01990 Kangar, Perlis.
Tel : 04-9738800
Fax : 04-9775863
E-mel : sukpls@perlis.gov.my

Info Terkini

Perhatian
Diminta semua JKKK mengemaskini maklumat kampung masing-masing

 
Peringatan
Bagi penyewa gerai UPD yang tidak menjelaskan sewa dan tunggakan diminta jelaskan segera.

 
Kajian Kepuasan Pelanggan

Sistem Kajian Kepuasan Pelanggan sedang dibangunkan oleh SUK Perlis. Kajian Kepuasan Pelanggan dibina bagi mengesan dan mengetahui kelemahan-kelemahan didalam sistem pentadbiran Kerajaan Perlis dan seterusnya diperbaiki. 


 

Inang Tua

Tarian ini seperti tarian Mak Inang, tetapi  mempunyai kelainan yang tersendiri iaitu hasil kreatif para penciptanya sehingga menjadi sebuah tarian asli bagi  negeri Perlis.

 Tarian ini merupakan satu tarian begitu popular pada suatu masa dahulu sehingga dianggap sebagai tarian  rakyat. Persembahannya dilakukan  diatas pentas yang didirikan di dalam kampong atau ditengah permatang sawah. Tarian ini ditarikan bersama dengan tarian rakyat yang lain, lazimnya dipersembahkan selepas musim  menuai padi atau dalam majlis-majlis perkahwinan.

Penari  lelaki  adalah bebas, terdiri daripada orang ramai. Penari perempuan terdapat beberapaorang ,iaitu empat sehingga lapan orang yang disebut ‘puteri’. Tarian ini khususnya ditarikan dalam sesuatu kumpulan  muzik, lazimnya muzik asli.

Apadila penari lelaki naik ke pentas ,penari tersebut  ‘sambut’ atau mempelawa  penari perempuan menari dengannya iaitu  dengan cara mendepangkan tangan. Kemudian penari itu duduk tegak menunggu ketibaan penari perempuan.

Tarian dimulakan dengan variasi tangan didepa dan perpusing ke kiri dan ke kanan, tangan ke atas mengambil balik lali depa ke hadapan .Begitu dilakukan berulang kali. Lazim juga dimulakn dengan tarian silat beberapa langkah kemudian melakukan variasi tadi. Setelah itu penari lelaki menarik kain panjang penari perempuan dan meletakkan ke atas bahu sambil terus menari serta berpantun:

Ada satu cucu Mak Inang,
Bangkit pagi mengutip pinang,
Siang malam duduk mengenang ,
Mana hati nak boleh senang, 

Sesuatu yang menarik dalam tarian ini ialah penari lelaki ‘mengacan’ atau bergurau dengan penari  perempuan secara ‘menyauk’ (menghulur) tangan ke arah penari perempuan, manakala penari perempuan pula menepis tangan penari lelaki. Begitulah berualng kali dilakukan oleh tiap-tiap pasangan penari  tersebut.

Suatu variasi lagi yang dilakukan oleh penari lelaki ialah sambil melompat katak kemudian dituruti oleh penari perempuan. Setelah itu penari bangun dan menari semula seperti variasi pertama sehinggalah tarian tersebutditamatkan.

Kemaskini Terakhir :Jumaat 12 Mac 2010, 06:52

Hakcipta Terpelihara © 2009 Kerajaan Negeri Perlis.
Pihak Kerajaan Negeri Perlis tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Paparan terbaik gunakan IE 8.0 keatas atau Mozilla Firefox 4.0 keatas pada resolusi 1024x768 pixel.
Sila Muat Turun Internet Explorer 8 atau Mozilla Firefox 3.5