Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Aras 1, Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis, 01990 Kangar, Perlis.
Tel : 04-9738800
Fax : 04-9775863
E-mel : sukpls@perlis.gov.my

Info Terkini

Perhatian
Diminta semua JKKK mengemaskini maklumat kampung masing-masing

 
Peringatan
Bagi penyewa gerai UPD yang tidak menjelaskan sewa dan tunggakan diminta jelaskan segera.

 
Kajian Kepuasan Pelanggan

Sistem Kajian Kepuasan Pelanggan sedang dibangunkan oleh SUK Perlis. Kajian Kepuasan Pelanggan dibina bagi mengesan dan mengetahui kelemahan-kelemahan didalam sistem pentadbiran Kerajaan Perlis dan seterusnya diperbaiki. 


 

Cik Lang

Tarian ini bermula dengan lagu yang dicipta oleh seorang pencipta lagu yang bernama Cik Lang, berasal dari Kampung  Bukit Kecik, Padang Siding, Perlis. Beliau mencipta lagu tersebut ketika mendodoi anak dalam buaian.Lagu ini juga diciptakan ketika negeri  Perlis di bawah pemerintah Siam.Beliau juga merupakan Gendong Tarinai. Kerana itulah lagu ini dimainkan dalam persembahan muzik Gendong Tarinai.

Di samping lagu Cik Lang, beliau juga mencipta  lagu Cik Minah Sayang. Lagu  ini mengambil sempena isteri  beliau yang bernama Cik Minah.

Tarian Cik Lang berunsur jenaka dan bergurau. Jika tarian Ayam Didik gerak tarinya menabur padi kepada ayam, tarian ini gerak tarinya mengetam padi, sesuai dengan nyanyiannya:

 

Ketam la padi muda,
Ala nak buat ringgi,
Cik Lang hai orang muda,
Awat dah turun gigi?

Ketam  la padi muda,
Ala nak buat ringgi,
Cik Lang sudah tua,
Ada hati nak menikah lagi, 

Pantun-pantun tersebut dinyanyikan scara beramai-ramai kemudian ditingkah oleh penari  lelaki. Sesuatu yang menarik, ketika berakhirnya tarian ini, penari puteri akan menarik telinga penari lelaki  sehingga duduk di tempatnya semula.

Kemaskini Terakhir :Jumaat 12 Mac 2010, 06:52

Hakcipta Terpelihara © 2009 Kerajaan Negeri Perlis.
Pihak Kerajaan Negeri Perlis tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Paparan terbaik gunakan IE 8.0 keatas atau Mozilla Firefox 4.0 keatas pada resolusi 1024x768 pixel.
Sila Muat Turun Internet Explorer 8 atau Mozilla Firefox 3.5