Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Aras 1, Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis, 01990 Kangar, Perlis.
Tel : 04-9738800
Fax : 04-9775863
E-mel : sukpls@perlis.gov.my

Info Terkini

Perhatian
Diminta semua JKKK mengemaskini maklumat kampung masing-masing

 
Peringatan
Bagi penyewa gerai UPD yang tidak menjelaskan sewa dan tunggakan diminta jelaskan segera.

 
Kajian Kepuasan Pelanggan

Sistem Kajian Kepuasan Pelanggan sedang dibangunkan oleh SUK Perlis. Kajian Kepuasan Pelanggan dibina bagi mengesan dan mengetahui kelemahan-kelemahan didalam sistem pentadbiran Kerajaan Perlis dan seterusnya diperbaiki. 


 

Ayam Didik

‘Ayam Didik’ merupakan  gelaran kepada ayam yang  dipelihara dan dimanja-manjakan. Demikianlah  juga unsur  tarian ini iaitu tarian yang memperlihatkan  kemanjaan-manjaan para penarinya. Tarian ini digandingi dengan lagunya, lagu ‘Ayam Didik’ yang amat memikat hati dan mesra sekali didengar, diiringi muzik asli dengan menggunakan alatan gong,gendang dan biola.

‘Ayam Didik ’ merupakan sebuah  tarian yang rancak dan menimbulkan kemesraan kepada para penarinya yang berpasang-pasangan. Ketika menari, puteri dan puteranya saling bergurau senda dan cuba memikat antara satu sama lain.

Seperti  tarian Canggung, tarian ini juga sering berbalas-balas pantun. Pantun-pantunnya  lebih memberatkan soal kasih sayang  dan kemesraan contohnya:

Manalah dia didikku tadi,
Padinya tumpah di depan tangga,
Manalah dia adikku tadi,
Adik dok ada di depan mata,

Tarian dan nyanyian ‘Ayam Didik’ sebenarnya sering bersama dalam persembahan Cangung, dipersembahkan ketika musim menuai padi atau di dalam majlis-majlis perkahwinan dan keramaian sebagai hiburan kepada para tamu.

Kemaskini Terakhir :Jumaat 12 Mac 2010, 06:52

Hakcipta Terpelihara © 2009 Kerajaan Negeri Perlis.
Pihak Kerajaan Negeri Perlis tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Paparan terbaik gunakan IE 8.0 keatas atau Mozilla Firefox 4.0 keatas pada resolusi 1024x768 pixel.
Sila Muat Turun Internet Explorer 8 atau Mozilla Firefox 3.5