Selampit
Tradisi selampit juga merupakan penglipurlara, tersebar luas di negeri Perlis dan Kelantan. Kelainannya, Selampit di perlis menggunakan asap kemenyan, sementara di Kelantan menggunkan rebab sebagai muzik iringannya.
Seperti Awang Batil, penglipurlara Selampit juga mengembar dari sebuah kampong ke sebuah kampong mepersembahkan cerita-ceritanya terutamanya sekali di rumah kenduri perkahwinan. Lazimnya penglipurlara ini akan bercerita di atas balai atau ditengah-tengah rumah dan dikelilingi oleh penonton-penonton. Ceritanya juga panjang, bersiri-siri , bersambung beberapa malam. Ketika bercerita, berkepulan asap kemenyan di hadapannya. Tanpa asap kemenyan terputuslah ceritanya. Dia akan bercerita sambil melakukkan berbagai aksi seperti bersilat, menyanyi, berpantun dan mengubah nada suara dan bahasa seperti watak dalam ceritanya dengan menggunakan bahasa berirama.
Di antara cerita-cerita yang dipersembahkannya ialah; Selindung Bulan Kedah Tua, Si Suton, Anak Rusa Nani, Malik Sipulazan dan Wan Empuk Wan Malini. Cerita-cerita ini merupakan satera rakyat yang tinggi nilainya. Di samping menghibur, motif cerita-cerita terebut mengandungi pengajaran dan teladan yang baik. Berbagai bidang pengajian juga diperolehi melalui Selampit seperti antropologo, geografi, sejarah, social dan fisiologi.





















