Hadrah
Hadrah berasal daripada perkataan ‘hijrah’ berunsurkan kesenian Arab.Dalam sejarah Islam, ketika penduduk Madinah menyambut penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W (622 M), mereka memukul gendang beramai-ramai.Demikianlah juga kesenian Hadrah yang terdapat di negeri Perlis, sepasukan pemukul gendang akan berarak menggandingi perarakan pengantin atau menyambut seorang pemimpin dalam sesuatu majlis keramaian.
Kesenian ini juga begitu popular suatu ketika dulu, dipersembahkan di istana-istana raja sehingga menjalar ke kampong-kampung.Oleh kerana Hadrah berasal dari Tanah Arab, berkembang melalui Parsi dan India menyebabkan senikata aslinya langsung tidak dapat difahami termasuklah ahli-ahli pemain Hadrah sendiri.Di antara senikatanya berbunyi:
Sarmi hobai yasi sare
Sare hobai yasi sare
E sarmi hobai yasi sare
Ya Rasul-lil hoda
E sarwa ye
Di negeri Perlis, kesenian yang dibawa oleh seorang tokoh Hadrah dari Pulau Pinang beserta dengan tariannya ini mula berkembang sekitar tahun 1910.Lumrahnya penari Hadrah terdiri daripada 4 orang lelaki,dilatih dan diasuh supaya berlagak seperti wanita.Mereka dapat mempersembahkan tarian Hadrah ini dengan begitu lemah-lembut mengikut rentak gendang yang dipukul oleh 8 hingga 10 Imageorang.Di samping penari, terdapat seorang ‘rasuk’ yang merupakan pelawak menggandingi para penari dalam sesebuah persembahan Hadrah.
Semenjak awal tahun 80an kesenian ini tidak lagi menggunakn ‘penari’ kerana bertentanga dengan agama Islam. Lagu-lagunya pula telah menggunakan senikata Bahasa Melayu.






















