Gendang Tarinai
Gendang Tarinai merupakan sebuah kumpulan ahli muzik tradisional Perlis.Kesenian ini pada mulanya dikenali sebagai ‘Gendang Keling’ berdasarkan kesenian India kerana bentuk gendan panjang dan serunainya iaitu pengaruh sejak kedatangan orang-orang India ke Tanah Melayu.Pada tahun 1974, sempena pertandingan Tarinai, bekas Menteri Besar Perlis, Allahyarham Dato’ Jaafar Hassan telah mengumumkan pertukaran nama ‘Gendang Keling’ kepada ‘Gendang Tarinai’ kerana muzik ini digunakan untuk persembahan Tarian Tarinai.
Kesenian ini begitu popular suatu ketika dahulu dari kalangan rakyat hingga ke istana raja. Kini masih diingati ramai khususnya untuk dimainkan dalam majlis-majlis perkahwinan dan majlis-majlis keramaian. Kini dijadikan muzik istana sempena pertabalan raja atau hari ulang tahun keputeraan raja Perlis.
Kumpulan muzik Gendang Tarinai lazimnya terdiri daripada 5 orang.Dua orang memukul gendang panjang(pengibu dan penganak), seorang meniup serunai dan seorang memukul dua biji gong(gong jantan dan gong betina). Perkakas utama dalam kesenian ini ialah serunai.Menurut cerita, dengan keistimewaan tiupan serunai, seorang tokos peniup serunai telah Berjaya memikat dan berkahwin dengan dua orang wanita tanpa belanja hantaran.
Tiap-tiap rumah perkahwinan yang menyambut kumpulan muzik ini akan diserikan debgan persembahan lagu-lagu Tarinai sehingga sehari semalam. Kumpulan ini Tarinai ini ditempatkan diatas balai didalm sebuah bangsal, dihidangkan semayang pisang. Lagu-lagu yang sering dipersembahkan ialah lagu-lagu Melayu asli seperti: Mula Pasang,Kutip Siput, Gong Panjang, Kucing Berlaga, Anak Tiung, Cinta Sayang dan Tarinai.






















