Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Aras 1, Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis, 01990 Kangar, Perlis.
Tel : 04-9738800
Fax : 04-9775863
E-mel : sukpls@perlis.gov.my

Info Terkini

Perhatian
Diminta semua JKKK mengemaskini maklumat kampung masing-masing

 
Peringatan
Bagi penyewa gerai UPD yang tidak menjelaskan sewa dan tunggakan diminta jelaskan segera.

 
Kajian Kepuasan Pelanggan

Sistem Kajian Kepuasan Pelanggan sedang dibangunkan oleh SUK Perlis. Kajian Kepuasan Pelanggan dibina bagi mengesan dan mengetahui kelemahan-kelemahan didalam sistem pentadbiran Kerajaan Perlis dan seterusnya diperbaiki. 


 

Gendang Perlis

Kesenian ini sebenarnya merupakan persembahan gendang silat khusus dipersembahkan ketika diadakan ‘Temasya Laga Kerbau’ dalam zaman pemerintahan Tuanku Raja Syed Syaffi (T.M. 1897-1905) dan Tuanku Raja Syed Alwi (T.M. 1905-1943). Pada masa itu temasya laga kerbau merupakan suatu unsur penghiburan rakyat dan istana.

Ketika diadakan temasya laga kerbau itulah wujudnya persembahan Gendang Perlis. Memandangkan di negeri Perlis menggunakan pukulan Imagegendang ketika temasya laga kernbau. Sebab itulah gendang tersebut dinamakan ‘Gendang Perlis’.

Sekeliling Gelanggang kerbau belaga dibuat pagar kukuh supaya kerbau yang belaga itu tidak merempuh orang ramai. Jika tidak, bertempiaranlah mereka apabila diserbu oleh kerbau-kerbau yang belaga itu. Tempat pemukul gendang lazimnya di buat ‘ran’ atau ‘hang’ di atas pokok.

Kelainan Gendang Perlis jika disbanding dengan gendang silat biasa ialah tidak menggunakan tiupan serunai.Pemukul gendang terdiri daripada dua orang yang memukul gendang ibu dan penganak, menggunakan kayu, bentuknya melengkung.Gendangnya pula lebih kecil daripada gendang silat.

Apabila temasya lagu kerbau tidak dibenarkan, Gendang Perlis tidak lagi dipersembahkan buat sekian lama.akan tetapi gendang ini dihidupkan kembali , fungsinya berlainan dengan Gendang Perlis dahulu.Dua orang pesilat akan bersilat dengan cara berjenaka atau kelakar bukan lagi untuk berlaga kerbau.Pukulan gendangnya adalah serupa: Gendang Perlis dipersembahkan dalam majlis-majlis kenduri perkahwinan atau dalam majlis-majlis keramaian.  

Kemaskini Terakhir :Khamis 11 Mac 2010, 18:24

Hakcipta Terpelihara © 2009 Kerajaan Negeri Perlis.
Pihak Kerajaan Negeri Perlis tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Paparan terbaik gunakan IE 8.0 keatas atau Mozilla Firefox 4.0 keatas pada resolusi 1024x768 pixel.
Sila Muat Turun Internet Explorer 8 atau Mozilla Firefox 3.5