Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Aras 1, Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis, 01990 Kangar, Perlis.
Tel : 04-9738800
Fax : 04-9775863
E-mel : sukpls@perlis.gov.my

Info Terkini

Perhatian
Diminta semua JKKK mengemaskini maklumat kampung masing-masing

 
Peringatan
Bagi penyewa gerai UPD yang tidak menjelaskan sewa dan tunggakan diminta jelaskan segera.

 
Kajian Kepuasan Pelanggan

Sistem Kajian Kepuasan Pelanggan sedang dibangunkan oleh SUK Perlis. Kajian Kepuasan Pelanggan dibina bagi mengesan dan mengetahui kelemahan-kelemahan didalam sistem pentadbiran Kerajaan Perlis dan seterusnya diperbaiki. 


 

Beduan

Beduan merupakan persembahan kesenian tertua di negeri Perlis.Kesenian ini tumbuh kira-kira 250 tahun yang lampau, pada zaman pemerintahan Siam.Ia mula diperkenalkan oleh dua buah keluarga yang bersembunyi di atas puncak bukit Tuk Wang Gunung untuk mengelak daripada keganasan tentera Siam.Di situ keluarga tersebut berasa kesunyian, kerana itu mereka memukul keratan batang kayu sebagau gendang sambil menyanyi secara melaung-laung.

Setelah peperangan berakhir,kedua keluarga ini kembali ke kampung memperkenalkan kesenian tersebut,kerana itulah dinamakan ‘Beduan’ yang berasal daripada perkataan ‘berdua-duaan’.

 

 

Kesenian ini begitu berfungsi ketika diadakan kenduri perkahwinan. Laungan nyayiannya yang nyaring menjadi tanda penunjuk kepada para tamu menuju ke rumah tersebut, maklumlah suatu ketika dulu rumah penduduk negeri ini berjauhan dan tinggal di pendalaman. Persembahannya bermula awal malam hingga ke keesokan harinya.

Tradisi Beduan ini biasanya dipersembahkan diatas balai yang dibuat bersambung dengan dengan rumah ibu.Para tamu atau penonton mengikuti persembahan Beduan cuma secara berdiri di halaman rumah atau di dalam bangsal memasak sambil menyediakan makanan.

Ahli kumpulan Beduan terdiri daripada 10 hingga 12 orang. Mereka memukul gendang sambil menyanyi dan melaung-laung.Gendangnya agak besar, kira-kira 140sm lilitannya, diperbuat daripada belulang lembu,kayu nangka atau temak.Terdapat tiga jenis gendang iaitu ‘Pengibu,’,’Peningkah’ dan ‘Penganak’.Dalam nyanyian Beduan sebenarnya mereka berbalas pantun,akan tetapi ahli Beduan saja yang dapat memahami pantun tersebut.

Di antara pantunnya berbunyi :

Anak ayam di dalam celapa
Buak tudung patuk padi
Siang malam aku tak lupa
Kasih terkandung di dalam hati

Kemaskini Terakhir :Jumaat 12 Mac 2010, 06:52

Hakcipta Terpelihara © 2009 Kerajaan Negeri Perlis.
Pihak Kerajaan Negeri Perlis tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Paparan terbaik gunakan IE 8.0 keatas atau Mozilla Firefox 4.0 keatas pada resolusi 1024x768 pixel.
Sila Muat Turun Internet Explorer 8 atau Mozilla Firefox 3.5