Alu Bunyi
Alu Bunyi ialah persembahan kesenian yang kedua tertua di Negeri Perlis. Kesenian ini muncul di kalangan petani yang mengerjakan sawah. Mereka begitu kreatif mencipta hiburan dengan menggunakan alatan dalam kehidupan seharian-harian. Lesung dan alu yang digunakan untuk menumbuk padi dijadikan alat muzik yang mengeluarkan bunyi dan irama tersendiri. Bunyinya amat merdu, seperti alatan muzik gamelan.
Menurut sejarah, permainan ini berasak dari pengembara Indochina yang datang mengembara ke Alam Melayu, menyusuri pantai dan memudik sungai.Setelam membuat perkampungan dan menanam padi,mereka memainkan alu bunyi hingga mempengaruhi petani tempatan termasuk orang-orang Melayu.
Biasanya sepasukan Alu Bunyi terdiri daripada 12 orang.Mereka yang terlatih dan berkemahiran akan menumbuk bergilir-gilir di tengah dan di pinggir lesung mengilut irama.Ketika itu akan terdengarlah tingkah-meningkah paluan alu yang sungguh mengasyikkan.
Tradisi ini lazimnya dipersembahkan ketika musim menuai padi, diganding bersama dalam temasya ‘mengerat padi’.Dalam temasya tersebut juga terdapat aktiviti menumbuk ‘emping’ dan ‘ringgi’.
Kesenian Alu Bunyi yang lesungnya diperbuat daripada kayu temak dan alu daripada kayu tui, jawi atau retak duri menjadi hiburan para petani dan juga untuk memanggil ‘semangat padi’.Mereka percaya apabila Alu Bunyi dimainkan ‘semangat padi’ akan datang ke kampung mereka dan tinggal dalam ‘jelapang’ padi masing-masing.Semangat padi ini juga dipercayai dapat menghalang musuh seperti tikus,burung dan ketam daripada merosakkan padi mereka.Maka akan lebih makmurlah hasil padi.




















