Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Aras 1, Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis, 01990 Kangar, Perlis.
Tel : 04-9738800
Fax : 04-9775863
E-mel : sukpls@perlis.gov.my

Info Terkini

Perhatian
Diminta semua JKKK mengemaskini maklumat kampung masing-masing

 
Peringatan
Bagi penyewa gerai UPD yang tidak menjelaskan sewa dan tunggakan diminta jelaskan segera.

 
Kajian Kepuasan Pelanggan

Sistem Kajian Kepuasan Pelanggan sedang dibangunkan oleh SUK Perlis. Kajian Kepuasan Pelanggan dibina bagi mengesan dan mengetahui kelemahan-kelemahan didalam sistem pentadbiran Kerajaan Perlis dan seterusnya diperbaiki. 


 

Pengenalan

NEGERI PERLIS merupakan sebuah negeri yang sungguh kaya dengan kebudayaan tradisional. Menurut sejarah, negeri yang 'Permai Lagi Indah' ini amat bertuah kerana penyebaran dan perkembangan kebudayaan tradisionalnya dipelopori oleh dua orang raja yang begitu berminat dengan kesenian. Berbagai aspek kesenian berkembang dan tersebar luas dari istana hinggan ke desa-desa hasil kreatif para aktivis budaya.

Dalam pemerintahan Tuanku Syed Saffi Ibni Almarhum Syed Alwi Jamalullail (1897-1905) baginda berusaha mengcungkil berbagai kesenian yang kemudoannya dipopularkan oleh putera baginda Syed Alwi Ibni Almarhum Syed Saffi Jamalullail (1905-3 Februari 1943). Kesenian-kesenian itu bukan saja dipersembahkan di istana,malah juga kepada rakyat jelata, seluruh pelusuk desa khususnya kesenian yang berunsurkan persembahan Tarian dan muzik Tarinai, Hadrah, Bangsawan dan Beduan.

Semenjak itu kebudayaan tradisional ini terus berkembang, di samping itu muncul pula kesenian-kesenian baru dalam zaman Jepun yang terus di pupuk dan dibajai sehingga masakini.Kesenian-kesenian ini dipersembahkan dalam majlis-majlis keramain di kota dan di desa ketika masa-masa tertentu sepanjang tahun. Berbagai aspek kebudayaan yang terdapat di negeri ini begitu popular dan menarik perhatian antaranya kesenian dan permainan tradisional, kraftangan dan rumah, juga makanan dan pakaian tradisional. Kebudayaan tradisional ini terus dipelihara dan dipopularkan oleh badan-badan kebudyaan, institusi-institusi yang berkenaan dan pemerintah sendiri.

Kemaskini Terakhir :Jumaat 12 Mac 2010, 06:52

Hakcipta Terpelihara © 2009 Kerajaan Negeri Perlis.
Pihak Kerajaan Negeri Perlis tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Paparan terbaik gunakan IE 8.0 keatas atau Mozilla Firefox 4.0 keatas pada resolusi 1024x768 pixel.
Sila Muat Turun Internet Explorer 8 atau Mozilla Firefox 3.5