Sejarah
Asal Usul Perlis
Sejarah bermula pada tahun 1821 di mana pada ketika itu berlakunya tindak balas besar-besaran daripada penduduk tempatan ke atas penjajahan Siam ke atas Kedah. Akibat daripada peristiwa tersebut, pihak Siam berundur dan pembesar tempatan telah diberi kuasa untuk mentadbir Kedah, Setul, Kubang Pasu, dan Perlis. Raja Long Krok dilantik sebagai Gabenor di negeri Perlis. Timbalan Gabenor bagi negeri Perlis pada ketika itu ialah Syed Hussin Jamalullail. Inilah detik bersejarah bagi negeri Perlis di mana telah mendapat pengiktirafan dari status tanah jajahan kepada sebuah negeri naungan.
Asal Usul Bandar Kangar
Kangar dibuka pada tahun 1653 oleh Tok Peduka, Orang Besar pada zaman pemerintahan Sultan Muhyiddin Mansor Shah (1652-1661). Pada ketika itu terdapat Pohon Kangar di Sungai Perlis dan dinamakan tempat itu sebagai Pelabuhan Pohon Kangar. Kini selepas 350 tahun, ia tetap megah menjadi ibu negeri kebanggaan rakyat Perlis.