Kedudukan Negeri
Perlis terletak di utara Semenanjung Malaysia yang bersempadan dengan Negara Thailand manakala di sebelah selatan Perlis pula berjiran dengan Negeri Kedah. Negeri Perlis dianggarkan berukuran seluas 810km persegi dengan jumlah penduduk 217,480 orang. Ibu negeri Perlis ialah bandar Kangar, manakala Arau merupakan bandar Di Raja yang terletak 10 km dari bandar Kangar.




















