Peluang Pelaburan
Berdasarkan kepada sumber semulajadi, tenaga pekerja yang murah dan kemudahan kawasan industri, Perlis kini merupakan tempat sesuai untuk melabur. Dalam usaha kearah untuk mengalakkan lebih banyak pelaburan ke negeri Perlis, ciri-ciri seperti spekulasi tidak diamalkan bagi memberikan persekitaran yang baik terutamanya kepada pelabur asing. Tambahan pula, dengan adanya hubungan rapat dan mudah dihubungi antara pegawai di sektor pelaburan di negeri Perlis ini, secara langsung akan mempercepatkan proses berkaitan.
Faktor Ekonomi
Kadar pertumbuhan ekonomi negeri begitu berkesan melalui sektor pembuatan dimana sektor ini telah menyumbangkan peratus terbesar terhadap KDNK negeri.
Kestabilan Politik
Menteri Besar Perlis merupakan seorang pemimpin yang dinamik dan mempunyai hubungan yang rapat di peringkat kerajaan persekutuan. Kestabilan politik negeri yang dipimpinnya adalah faktor penting kepada pembangunan negeri.
Infrastruktur, Pembangunan Tanah dan Kemudahan Awam
Kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis telah menentukan beberapa tempat strategik untuk dijadikan kawasan industri yang mana lengkap dengan kemudahan infrastruktur dan jaringan jalanraya yang menghubungkan ke Lebuhraya Utara-Selatan, dengan adanya kemudahan ini, semua bandar-bandar diseluruh negeri di semenanjung akan dapat dihubungi secara terus.
Kemudahan Pelabuhan - Perlis mempunyai Pelabuhan persisiran pantai sendiri iaitu Pelabuhan Kuala Perlis. Pelabuhan ini menghubungkan kepada Pelabuhan Satun, Thailand. Terminal Kargo Pendalaman
(Dry Port) di Padang Besar, kini kerja-kerja naiktaraf sedang dijalankan bagi menjadikan sebuah pelabuhan yang lengkap dari segi kemudahan.
Perkhidmatan Udara - Lapangan terbang tempatan iaitu Lapangan Terbang Alor Setar, Kedah dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Kedah telah menyediakan beberapa kemudahan perkhidmatan. Untuk ke Lapangan Terbang Alor Setar ianya mengambil masa 40 minit jika menaiki kereta.
Perkhidmatan Keretapi - Perlis dihubungkan dengan laluan keretapi ke Singapura di selatan dan ke Bangkok, Thailand di sebelah utara.
Jalan Raya - Lebuhraya Utara-Selatan juga menghubungkan Kuala Lumpur dengan Padang Besar, Perlis di sempadan Thailand. Antara projek berkaitan pengangkutan yang telah dilaksanakan ialah:
-Projek Lebuhraya Kuala Perlis Changlun
- Jarak 38 km dari Kuala Perlis ke Lebuhraya Utara-Selatan.
-Projek Lebuhraya Kuala Perlis Bukit Putih
- 5 km dari Kuala Perlis ke Thailand.
-Projek Lebuhraya Kuala Perlis Kepala Batas, Kedah
- Menghubungkan Kuala Perlis dan Lapangan Terbang Alor Setar.
Eletrik dan Bekalan Air - Bekalan elektrik dibekalkan oleh Tenaga ImageNasional Berhad(TNB). Kuasa elektric dijana melalui "national Grid System". Walaubagaimanapun Independent Power Producing Plant (IPP) dijangka akan mengeluarkan 600MW sedang dibina di Sungai Baru di Kuala Perlis. Apabila ianya beroperasi, kemudahan ini akan disalurkan ke sektor perindustrian.
Sumber utama air adalah dari Empangan Timah Tasoh yang terletak 19 km dari Kangar. Empangan ini mampu untuk menampung keperluan tempatan dan juga permintaan dari sektor industri.
Sumber Manusia dan Tahap Kemahiran Tenaga Buruh
Keadaan dimana terdapat ramai yang berpelajaran dan mudahnya untuk melatih pekerja telah menyebabkan harga buruh adalah rendah, ia merupakan aset penting bagi negeri Perlis. 55 % daripada penduduk negeri Perlis masih aktif dalam kegiatan ekonomi, mereka berumur di antara 18 hingga 64 tahun. Upah dibayar adalah mengikut jam iaitu 8 jam per hari. Dengan ujudnya institut pengajian tinggi di sekitarnya dan hubungan yang rapat antara kerajaan negeri serta institusi tersebut telah membentuk pelbagai taraf kemahiran.
Universiti Teknologi Mara telah menawarkan pelbagai kursus diperingkat diploma dan ijazah.
Universiti Utara Malaysia juga ada menawarkan pelbagai kursus diperingkat ijazah dan peringkat yang lebih tinggi.
Sekolah-sekolah Teknik juga menyediakan pengajian khusus untuk bidang teknikal, di sini kursus yang dijalankan adalah berbentuk praktikal. Pelajar-pelajar yang tamat daripada sekolah ini mampu memenuhi kehendak pasaran semasa.
Peluang Pelaburan
Negeri Perlis mempunyai peluang yang luas untuk menjalankan perniagaan dan pelaburan. Terdapat banyak sumber tempatan dan tenaga buruh pula adalah murah. Antara peluang-peluang pelaburan yang menguntungkan adalah seperti berikut:
Berasaskan projek Agro "Agro - Based projects"
Perlis kaya dengan sumber pertanian, oleh itu Perlis menggalakkan penghasilan produk daripada sumber tempatan untuk dijadikan bahan keluaran lain. Hasil pengeluaran yang mempunyai harapan baik untuk pembangunan adalah pengeluaran tayar dan tiub, pengalas kaki, barangan getah, paip, barangan sukan, pemprosesan mempelam dan makanan penternakan.
Berasaskan Industri bahan mentah "Resource - Based Industries"
Perlis mempunyai kawasan simpanan batu kapur yang luas. Kebiasaannya ia digunakan pada jalan raya serta kerja-kerja pembinaan. Kegunaan yang lain ialah sebagai bahan kimia, kaca, kajilogam dan industri kertas.
"Footloose and Ancillary Industries"
Memberi perkhidmatan yang menyokong kepada perusahaan-perusahaan besar yang berkaitan. Antara projek yang telah dikenalpasti ialah kerja tangan, tombol pintu, serabut "fibre", barang permainan kanak-kanak dan pencil. Antara Projek perusahaan lain yang berpotensi telah dikenalpasti dibawah penilaian perancangan ialah:
- Automotif / industri fabrik

- Penghasilan bata konkrit
- Penghasilan paip Konkrit
- Perusahaan batu kapur
- Industri bahan pelekat "risin"
- Light metal/tool making integrated unit
- "essential oils"
- Barang kegunaan farmasi
- Pembuatan kertas dari daun padi
- Keluaran barang dari getah
Barang permainan.
Industri Pemakanan
- Pemprosesan daging
- Pengeluaran bihun dan keropok
- Pengetinan tuna dan sardin
- Pengetinan mempelam dan jus mempelam

- Biskut dan roti
- Makanan segera
- Pengeluaran tepung beras
- Insentif di Sektor Pengeluaran Eksport
- Insentif pembangunan dan kajian "research and development"
- Insentif penyesuaian industri " industrial adjustment"
- Insentif latihan "Trainning"
- Insentif syarikat kecil "Small-scale company"
- Insentif penyimpanan, pembuangan bahan toksik dan barangan tidak berguna
yang berbahaya. "storage treatment and disposal of toxic and hazardous
wastes "





















