Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Aras 1, Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis, 01990 Kangar, Perlis.
Tel : 04-9738800
Fax : 04-9775863
E-mel : sukpls@perlis.gov.my

Info Terkini

Perhatian
Diminta semua JKKK mengemaskini maklumat kampung masing-masing

 
Peringatan
Bagi penyewa gerai UPD yang tidak menjelaskan sewa dan tunggakan diminta jelaskan segera.

 
Kajian Kepuasan Pelanggan

Sistem Kajian Kepuasan Pelanggan sedang dibangunkan oleh SUK Perlis. Kajian Kepuasan Pelanggan dibina bagi mengesan dan mengetahui kelemahan-kelemahan didalam sistem pentadbiran Kerajaan Perlis dan seterusnya diperbaiki. 


 

Kawasan Perindustrian

Kawasan Jejawi, Chuping, Kuala Perlis dan Padang Besar telah dibangunkan sebagai kawasan industri di negeri Perlis. Ianya mampu untuk menampung sekurang-kurangnya 60 tahun akan datang. Harga kawasan industri dan buruh di Perlis mempunyai persaingan yang tinggi daripada negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia.

Antara aktiviti industri ialah produk plastik, elektrik dan elektronik, peralatan saintifik, tekstil, metal fabrik dan lain-lain.

Sehingga tahun 2000, terdapat 59 projek pelaburan telah diluluskan dimana 25 % adalah daripada pelabur asing. Projek-projek tersebut termasuklah projek pengeluaran produk dari plastik, produk elektrik dan elektronik, peralatan saintifik, produk non_metalic, produk tekstil, metal fabrik dan lain-lain.

Kawasan industri utama di negeri Perlis adalah:

- Kawasan Perindustrian Jejawi (30.67 hektar)      
- Kawasan Perindustrian Chuping (26.7 hektar)     
- Kawasan Perindustrian Kuala Perlis (32.75 hektar)      
- Kawasan Perindustrian Padang Besar (32.75 hektar)

Kawasan industri dalam pembangunan adalah:
- Kawasan Industri Kuala Perlis Fasa 2 ( 29.00 hektar)
- Kawasan Industri Ulu Pauh ( 200 hektar)
- Kawasan Industri Guar Nangka (190.2 hektar) 

Industri Kecil Sederhana (IKS)

Dalam jangkaan terhadap perkembangan industri, Perbadanan Ekonomi Negeri Perlis akan membangunkan kawasan Industri Kecil Sederhana di  Kuala Perlis dimana ianya diharapkan  akan mendapat sambutan dari pengusaha tempatan.

Industri Teknologi Tinggi

Perlis, kini akan melangkah ke arena industri berteknologi tinggi. Syarikat multinasional adalah di pelawa untuk memulakan operasi di negeri Perlis. Kawasan industri Ulu Pauh misalnya dibina khusus untuk jenis industri berat dan mesra alam.  

Kemaskini Terakhir :Jumaat 12 Mac 2010, 06:52

Hakcipta Terpelihara © 2009 Kerajaan Negeri Perlis.
Pihak Kerajaan Negeri Perlis tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Paparan terbaik gunakan IE 8.0 keatas atau Mozilla Firefox 4.0 keatas pada resolusi 1024x768 pixel.
Sila Muat Turun Internet Explorer 8 atau Mozilla Firefox 3.5