Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Aras 1, Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis, 01990 Kangar, Perlis.
Tel : 04-9738800
Fax : 04-9775863
E-mel : sukpls@perlis.gov.my

Info Terkini

Perhatian
Diminta semua JKKK mengemaskini maklumat kampung masing-masing

 
Peringatan
Bagi penyewa gerai UPD yang tidak menjelaskan sewa dan tunggakan diminta jelaskan segera.

 
Kajian Kepuasan Pelanggan

Sistem Kajian Kepuasan Pelanggan sedang dibangunkan oleh SUK Perlis. Kajian Kepuasan Pelanggan dibina bagi mengesan dan mengetahui kelemahan-kelemahan didalam sistem pentadbiran Kerajaan Perlis dan seterusnya diperbaiki. 


 

Pengangkutan

Melalui udara
Buat masa ini, tiada perkhidmatan melaui udara untuk ke Negeri Perlis. Pelancong yang mahu ke sini melalui udara boleh berbuat demikian dengan menaiki pesawat dari KLIA sehingga ke Kepala    Batas, Alor Setar Kedah. Kemudian dari Alor Setar, pelancong boleh menggunakan teksi ataupun bas untuk ke Kangar. Ianya hanya mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk sampai ke Kangar.
(Kadar tambang teksi yang dikenakan di lapangan terbang Kepala Batas , Alor Setar Kedah ke Kangar ialah sebanyak RM45.00 sebuah)

 

Melalui laut
Terdapat perkhidmatan feri yang digunakan untuk berulang alik dari Kuala Perlis ke Langkawi. Kadar tambang yang dikenakan adalah RM 18.00 seorang dewasa (untuk satu perjalanan–pergi/balik) dan RM 12.00 bagi seorang kanak-kanak. Perjalanan dari Kuala Perlis ke Jeti Kuah, Langkawi mengambil masa antara 30-45 minit.

Melalui darat
Kepada pelancong dari selatan dan tengah, Lebuh Raya Utara Selatan dapat menghubungkan antara destinasi mereka ke Perlis. Bagi pengunjung dari Pantai Timur pula, Lebuh Raya Grik telah disediakan. Selain daripada Lebuhraya, terdapat juga perkhidmatan Kereta Api Tanah Melayu yang menghubungkan selatan semenanjung Malaysia  hingga Thailand. Antara stesen utamanya di negeri Perlis ialah Stesen Keretapi Arau dan juga Stesen Keretapi Padang Besar. 

Kemaskini Terakhir :Jumaat 12 Mac 2010, 06:52

Hakcipta Terpelihara © 2009 Kerajaan Negeri Perlis.
Pihak Kerajaan Negeri Perlis tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Paparan terbaik gunakan IE 8.0 keatas atau Mozilla Firefox 4.0 keatas pada resolusi 1024x768 pixel.
Sila Muat Turun Internet Explorer 8 atau Mozilla Firefox 3.5