Kedudukan:
Negeri Perlis terletak
di utara Semenanjung Malaysia, bersempadan dengan negara Thailand
dan negeri Kedah.
Keluasan: 795 km persegi.
Iklim:
Monsun Tropika dan "WINTER WIND" (Angin Monsun Timur
Laut dari Teluk Siam). Suhu (21-32 darjah celcius) Musim
Kering (Jan-Apr) Musim Hujan (May-Dis)
Ibu Negeri: Kangar
Bandar
Diraja: Arau.
Penduduk:
Bilangan penduduk di negeri Perlis adalah 198,335 dengan kadar
pertumbuhan 0.84% (1991-2000). Dari segi komposisi kaum, 79%
daripada penduduk adalah Melayu diikuti kaum Cina iaitu 15%
manakala kaum India 3% dan selebihnya kaum lain.
Agama:
Islam merupakan agama rasmi tetapi terdapat juga penganut agama
lain seperti agama Kristian, Buddha,Hindu dan lain-lain.