Perlis Secara Umum
Ucapan Y.A.B Menteri Besar
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Jabatan Kerajaan Negeri
Badan Berkanun
Jabatan Persekutuan
Perindustrian
Kesihatan
Pertanian
Pendidikan
Pelancongan
Peta
Direktori
Hyperangkai
Berita

 



Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan mengalu-alukan anda semua yang akan dan sedang melayari laman web rasmi Kerajaan Negeri Perlis bagi mengetahui secara lebih dekat mengenai Negeri Perlis, "Permai lagi Mempersona". Laman web ini memuatkan maklumat yang saya yakini sangat berguna kepada anda semua.

Ia memaparkan mengenai kedudukan Negeri, Sejarah, Institusi Raja, Bendera, Lambang, Infrastruktur, Politik dan Kebudayaan rakyat ini. Negeri Perlis terletak di utara Semenanjung Malaysia dan mempunyai keistimewaan tersendiri dan kaya dengan budaya peramah (hemoi) rakyatnya. Keadaan alam semulajadi yang berbukit-bukau amat sesuai sekali kepada anda yang inginkan ketenangan. Keindahan sawah padi, kehijauan Ladang Tebu di Chuping membuatkan anda seolah-olah berada di Cuba, iaitu negara pengeluar gula utama dunia. Keunikan dan keajaiban Gua Kelam di Kaki Bukit sepertimana yang terdapat di Brazil sudah pasti menambat hati anda. Dengan hormat dan sukacitanya, datanglah ke Perlis dan kami sentiasa menanti
dengan kemesraan.

Negeri Perlis juga memberi tumpuan dalam bidang pelancongan dimana pelbagai tempat menarik serta riadah yang menakjubkan. Anda boleh mengunjungi Taman Herba di Bukit Air, Tasik Melati di Padang Lati, Santan, Taman Ular dan Reptilia di Sungai Batu Pahat, Gua Kelam di Kaki Bukit, Sudut Pandang Indah Bukit Wang Kelian, Bandar DiRaja Arau, Muzium Al-Marhum Kayang,....oh ya jangan lupa menikmati laksa dan ikan bakar Kuala Perlis serta membeli belah di kedai bebas cukai Padang Besar atau Pekan Sehari Antarabangsa Wang Kelian.

Sementara itu, Pada bulan Disember – Mac pula anda akan merasai Iklim dingin seolah-olah anda berada di musim sejuk dalam sebuah Negara yang mempunyai empat musim. Dengan kedudukan Perlis di tengah-tengah kawasan pembangunan segi tiga utara (IMT-GT), menjadikan Perlis sebuah negeri paling strategik untuk pembangunan serantau. Perlis paling hampir dengan wilayah-wilayah di selatan Thailand dan utara Sumatera di samping negeri-negeri utara Semenanjung. Ia mempunyai potensi yang cukup tinggi sebagai kawasan pembangunan baru. Beberapa kawasan perindustrian tambahan sedang dibangunkan di Negeri ini. Sehubungan dengan itu, Perlis mengalu-alukan kedatangan para pelabur untuk turut melabur dan membuka kilang-kilang perindustrian.


Akhir kata, Selamat Maju Jaya kepada anda semua dalam apa jua bidang yang diceburi dan diperoleh kesihatan yang baik hendaknya. Selamat melayari laman web rasmi kerajaan Negeri Perlis.

Sekian,Terima Kasih.

Tarikh Kemaskini: 26 Jun 2008