|
13
buah sekolah di negeri Perlis yang telah menyediakan pengajian
pra-sekolah untuk anak-anak berumur enam tahun. Ini tidak termasuk
kelas-kelas bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) dan Taman Didikan Kanak-kanak
(TADIKA) yang diwujudkan oleh agensi kerajaan seperti Jabatan
Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Perpaduan Negara Negeri Perlis,
Jabatan Agama Islam Negeri serta juga oleh pihak Swasta.
Terdapat
68 buah Sekolah Rendah bantuan penuh kerajaan di negeri ini di
bawah bimbingan 1,786 guru.
Terdapat
25 buah sekolah menengah di bawah pengendalian 2,031 guru. Selain
sekolah menengah biasa, Perlis juga mempunyai Maktab Rendah
Sains Mara di Beseri, Kolej Matrikulasi di Arau, Sekolah
Menengah Teknik di Arau dan Kangar, Sekolah Menengah Sains Berasrama
Penuh di Behor Pulai, Sekolah Menengah Agama di Kangar dan Arau.
|