Perlis Secara Umum
Ucapan Y.A.B Menteri Besar
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Jabatan Kerajaan Negeri
Badan Berkanun
Jabatan Persekutuan
Perindustrian
Kesihatan
Pertanian
Pendidikan
Pelancongan
Peta
Direktori
Hyperangkai
Berita

 



 

 

Gua Kelam:

Meliputi 370m gua batu kapur dan terletak di sebuah bandar kecil di Kaki Bukit. Gua Kelam di namakan sempena dengan kedudukannya di kaki bukit dan suasana kelam yang sentiasa menyelubungi gua ini.
Untuk merentasi ke dalam gua ini, disediakan sebuah jambatan gantung untuk pelawat. Sungai bawah tanah yang panjangnya lebih kurang 400 meter mengalir melalui banjaran batu kapur dapat dilihat semasa melalui gua ini. Sungai bawah tanah ini adalah fenomena kejadian semulajadi.
Bekalan elektrik disediakan untuk pelawat menikmati keindahan dalam gua.

Bukit Ayer:

Terletak 13 km dari Kangar. Air terjun dan sungai yang mengalir jernih secara semulajadi mengindahkan suasana. Pada bahagian hilirnya pula terdapat sebuah kolam mandi yang cantik untuk para pengunjung. Di sini juga dikhaskan sebuah kolam mandi untuk kanak-kanak. Tapak perkhemahan yang menampung kira-kira 100 orang peserta dilengkapi dengan tempat memasak dan sumber air yang bersih. Bagi mereka yang menggemari aktiviti lasak terdapat denai yang boleh digunakan bagi tujuan tersebut. Disini juga terdapat tempat permainan kanak-kanak, gerai makanan, bilik air, surau dan pondok-pondok rehat.

Tasik Melati:

Jaraknya 8 kilometer ke utara Kangar. Tasik Melati adalah merupakan sebuah tasik yang kecil dengan airnya yang cetek dan sangat menarik. Lebih dari 150 buah pulau-pulau beting pasir boleh dilihat bertaburan ditasik ini. Siarkaki telah dibina merintangi tasik ini untuk membolehkan pengunjung menikmati pemandangan yang menarik, di sepanjang siarkaki ini juga disediakan tempat beristirehat.

 

 
Kemaskini: 31 Disember 2003. Sumber: UPEN