Perlis Secara Umum
Ucapan Y.A.B Menteri Besar
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Jabatan Kerajaan Negeri
Badan Berkanun
Jabatan Persekutuan
Perindustrian
Kesihatan
Pertanian
Pendidikan
Pelancongan
Peta
Direktori
Hyperangkai
Berita

 



 

 

Muzium Negeri

Terletak di Kompleks Warisan, Kangar. Dibina pada tahun 1992. Muzium ini menyimpan pelbagai koleksi antaranya senjata, alat-alat pertanian, pertukangan, tembikar, barangan tembaga dan pakaian tradisional. Di Muzium ini juga mempamirkan Galeri DiRaja. Muzium ini dibuka pada pengunjung pada hari Isnin hingga Khamis (9.00 pagi - 4.00 petang), Jumaat (9.00 pagi - 12 tengahari) dan Sabtu (9.00 pagi - 1.00 petang).

Muzium Arkeologi Al-Marhum Kota Kayang

Terletak di sekitar Bukit Kayang, Bukit Lambung Panah, Bukit Jagat Hutang, Bukit Wai di dalam mukim Kota Kayang iaitu berhampiran terusan buatan manusia yang tertua disemenanjung Malaysia. Kategori koleksi adalah :

Koleksi Am - mempamirkan kronologi pembinaan Kota Kayang

Koleksi Ekologi - mempamirkan peralatan golongan bangsawan di Perlis.

Koleksi Kedah/Perlis - mempamirkan salasilah Raja negeri Perlis, replika bunga emas dan pendudukan penjajahan.

 
 

 

 
Kemaskini: 31 Disember 2003. Sumber: UPEN