Perlis
Secara Umum
Ucapan
Y.A.B Menteri Besar
Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri
Jabatan
Kerajaan Negeri
Badan
Berkanun
Jabatan
Persekutuan
Perindustrian
Kesihatan
Pertanian
Pendidikan
Pelancongan
Peta
Direktori
Hyperangkai
Berita
|
Berdasarkan
kepada sumber semulajadi, tenaga pekerja yang murah dan kemudahan
kawasan industri, Perlis kini merupakan tempat sesuai
untuk melabur. Dalam usaha kearah untuk mengalakkan lebih banyak
pelaburan ke negeri Perlis, ciri-ciri seperti spekulasi tidak
diamalkan bagi memberikan persekitaran yang baik terutamanya
kepada pelabur asing. Tambahan pula, dengan adanya hubungan
rapat dan mudah dihubungi antara pegawai di sektor pelaburan
di negeri Perlis ini, secara langsung akan mempercepatkan proses
berkaitan.
Faktor
Ekonomi
Kadar pertumbuhan ekonomi negeri begitu berkesan melalui sektor
pembuatan dimana sektor ini telah menyumbangkan peratus terbesar
terhadap KDNK negeri.
Kestabilan
Politik
Menteri
Besar Perlis merupakan seorang pemimpin yang dinamik dan mempunyai
hubungan yang rapat di peringkat kerajaan persekutuan.
Kestabilan politik negeri yang dipimpinnya adalah faktor penting
kepada pembangunan negeri.
Infrastruktur,
Pembangunan Tanah dan Kemudahan Awam
Kerajaan
negeri melalui Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis telah
menentukan beberapa tempat strategik untuk dijadikan kawasan
industri yang mana lengkap dengan kemudahan infrastruktur dan
jaringan jalanraya yang menghubungkan ke Lebuhraya Utara-Selatan,
dengan adanya kemudahan ini, semua bandar-bandar diseluruh negeri
di semenanjung akan dapat dihubungi secara terus.
Kemudahan
Pelabuhan - Perlis mempunyai Pelabuhan persisiran pantai
sendiri iaitu Pelabuhan Kuala Perlis. Pelabuhan ini menghubungkan
kepada Pelabuhan Satun, Thailand. Terminal Kargo Pendalaman
(Dry Port) di Padang Besar, kini kerja-kerja naiktaraf sedang
dijalankan bagi menjadikan sebuah pelabuhan yang lengkap
dari segi kemudahan.
Perkhidmatan
Udara - Lapangan terbang tempatan iaitu Lapangan Terbang
Alor Setar, Kedah dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi,
Kedah telah menyediakan beberapa kemudahan perkhidmatan.
Untuk ke Lapangan Terbang Alor Setar ianya mengambil masa
40 minit jika menaiki kereta.
Perkhidmatan
Keretapi - Perlis dihubungkan dengan laluan keretapi
ke Singapura di selatan dan ke Bangkok, Thailand di sebelah
utara.
Jalan
Raya - Lebuhraya Utara-Selatan juga menghubungkan Kuala
Lumpur dengan Padang Besar, Perlis di sempadan Thailand.
Antara projek berkaitan pengangkutan yang akan dilaksanakan
ialah:
- Projek
Lebuhraya Kuala Perlis Changlun
- Jarak 38 km dari Kuala Perlis
ke Lebuhraya Utara-Selatan.
- Projek
Lebuhraya Kuala Perlis Bukit Putih
- 5 km dari Kuala Perlis
ke Thailand.
- Projek
Lebuhraya Kuala Perlis Kepala Batas, Kedah
- Menghubungkan Kuala Perlis
dan Lapangan Terbang Alor Setar.
Eletrik
dan Bekalan Air - Bekalan elektrik dibekalkan oleh
Tenaga Nasional Berhad(TNB). Kuasa elektric dijana melalui "national
Grid System". Walaubagaimanapun Independent Power
Producing Plant (IPP) dijangka akan mengeluarkan 600MW sedang
dibina di Sungai Baru di Kuala Perlis. Apabila ianya beroperasi,
kemudahan ini akan disalurkan ke sektor perindustrian.

Sumber
utama air adalah dari Empangan Timah Tasoh yang terletak 19
km dari Kangar. Empangan ini mampu untuk menampung keperluan
tempatan dan juga permintaan dari sektor industri.
Sumber
manusia dan tahap kemahiran tenaga buruh
Keadaan
dimana terdapat ramai yang berpelajaran dan mudahnya untuk
melatih pekerja telah menyebabkan harga buruh adalah rendah,
ia merupakan aset penting bagi negeri Perlis. 55 % daripada
penduduk negeri Perlis masih aktif dalam kegiatan ekonomi,
mereka berumur di antara 18 hingga 64 tahun. Upah dibayar
adalah mengikut jam iaitu 8 jam per hari. Dengan ujudnya institut
pengajian tinggi di sekitarnya dan hubungan yang rapat antara
kerajaan negeri serta institusi tersebut
telah membentuk pelbagai taraf kemahiran.
Universiti
Teknologi Mara telah menawarkan pelbagai kursus diperingkat
diploma dan ijazah.
Universiti
Utara Malaysia juga ada menawarkan pelbagai kursus diperingkat
ijazah dan peringkat yang lebih tinggi.
Sekolah-sekolah Teknik juga menyediakan pengajian khusus untuk
bidang teknikal, di sini kursus yang dijalankan adalah berbentuk
praktikal. Pelajar-pelajar yang tamat daripada sekolah ini
mampu memenuhi kehendak pasaran semasa.
Peluang
Pelaburan
Negeri
Perlis mempunyai peluang yang luas untuk menjalankan perniagaan
dan pelaburan. Terdapat banyak sumber tempatan dan tenaga
buruh pula adalah murah. Antara peluang-peluang pelaburan
yang menguntungkan adalah seperti berikut:
Berasaskan
projek Agro "Agro - Based projects"Perlis
kaya dengan sumber pertanian, oleh itu Perlis menggalakkan penghasilan
produk daripada sumber tempatan untuk dijadikan bahan keluaran
lain. Hasil pengeluaran yang mempunyai harapan baik untuk pembangunan
adalah pengeluaran tayar dan tiub, pengalas kaki, barangan getah,
paip, barangan sukan, pemprosesan mempelam dan makanan penternakan.
Berasaskan
Industri bahan mentah "Resource - Based Industries"
Perlis
mempunyai kawasan simpanan batu kapur yang luas. Kebiasaannya
ia digunakan pada jalan raya serta kerja-kerja pembinaan. Kegunaan
yang lain ialah sebagai bahan kimia, kaca, kajilogam dan industri
kertas.
"Footloose
and Ancillary Industries"
Memberi
perkhidmatan yang menyokong kepada perusahaan-perusahaan besar
yang berkaitan. Antara projek yang telah dikenalpasti ialah
kerja tangan, tombol pintu, serabut "fibre", barang
permainan kanak-kanak dan pencil.
Antara
Projek perusahaan lain yang berpotensi telah dikenalpasti dibawah
penilaian perancangan ialah:
- automotif
/ industri fabrik
- Penghasilan
bata konkrit
- Penghasilan
paip Konkrit
- Perusahaan
batu kapur
- Industri
bahan pelekat "risin"
- Light
metal/tool making integrated unit
- "essential
oils"
- Barang
kegunaan farmasi
- Pembuatan
kertas dari daun padi
- Keluaran
barang dari getah
- Barang
permainan.
-
Pemprosesan
daging
-
Pengeluaran
bihun dan keropok
-
Pengetinan
tuna dan sardin
-
Pengetinan
mempelam dan jus mempelam
-
Biskut
dan roti
-
Makanan
segera
-
Pengeluaran
tepung beras
Insentif
di sektor pengeluaran
- Eksport
- Insentif
pembangunan dan kajian "research
and development"
- Insentif
penyesuaian industri "
industrial adjustment"
- Insentif
latihan "Trainning"
- Insentif
syarikat kecil "Small-scale company"
- Insentif
penyimpanan, pembuangan bahan toksik dan barangan tidak
berguna yang berbahaya. "storage treatment
and disposal of toxic and hazardous wastes "
|