Perlis Secara Umum
Ucapan Y.A.B Menteri Besar
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Jabatan Kerajaan Negeri
Badan Berkanun
Jabatan Persekutuan
Perindustrian
Kesihatan
Pertanian
Pendidikan
Pelancongan
Peta
Direktori
Hyperangkai
Berita



 

 

Kawasan Jejawi, Chuping, Kuala Perlis dan Padang Besar telah di bangunkan sebagai kawasan industri di negeri Perlis. Ianya mampu untuk menampung sekurang-kurangnya 60 tahun akan datang. Harga kawasan industri dan buruh di Perlis mempunyai persaingan yang tinggi daripada negeri- negeri lain di semenanjung Malaysia.
Antara aktiviti industri ialah produk plastik, produk elektrik & produk elektronik, peralatan saintifik, produk tektil, metal fabrik dan lain-lain.

Sehingga tahun 2000, terdapat 59 projek pelaburan telah diluluskan dimana 25 % adalah daripada pelabur asing. Projek-projek tersebut termasuklah projek pengeluaran produk dari plastik, produk elektrik dan elektronik, peralatan saintifik, produk non_metalic, produk tekstil, metal fabrik dan lain-lain

Kawasan industri utama di negeri Perlis adalah:

  • Kawasan Perindustrian Jejawi (30.67 hektar)
  • Kawasan Perindustrian Chuping (26.7 hektar)
  • Kawasan Perindustrian Kuala Perlis (32.75 hektar)
  • Kawasan Perindustrian Padang Besar (32.75 hektar)

 
Kawasan industri dalam pembangunan adalah:

  • Kawasan Industri Kuala Perlis Fasa 2 ( 29.00 hektar)
  • Kawasan Industri Ulu Pauh ( 200 hektar)
  • Kawasan Industri Guar Nangka (190.2 hektar)

INDUSTRI KECIL SEDERHANA(IKS)

Dalam jangkaan terhadap perkembangan industri, Perbadanan Ekonomi Negeri Perlis akan membangunkan kawasan Industri Kecil Sederhana di  Kuala Perlis dimana ianya diharapkan  akan mendapat sambutan dari pengusaha tempatan.

INDUSTRI TEKNOLOGI TINGGI

Perlis, kini akan melangkah ke arena industri berteknologi tinggi. Syarikat multinasional adalah di pelawa untuk memulakan operasi di negeri Perlis. Kawasan industri Ulu Pauh misalnya dibina khusus untuk jenis industri berat dan mesra alam.

 

 

Kemaskini : 31 Disember 2003 / Sumber: UPEN